ANAK kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra mencuri perhatian netizen apabila sudah terbuka bercakap soal perkahwinan meskipun baru berusia 15 tahun.
Bijak merancang masa depan, Qadejah memilih tidak terlalu awal mencari jodoh kerana dia merasakan lebih selesa tinggal di bawah jagaan kedua ibu bapanya.
“Saya tak nak kahwin! Buat apa saya nak kahwin bila saya ada keluarga macam abah yang bayarkan segala jenis bil untuk saya.
Qadejah selesa hidup bersama keluarga.
“Bilik tidur saya pun selesa, pembantu tolong masakkan. Jadi baik saya duduk di rumah ini daripada tinggal di rumah yang saya tak kenal,” katanya kepada mStar.
Mengakui masih muda dan banyak perkara ingin dicapai, Qadejah berkata dia mahu mengejar lebih pengalaman hidup dan pelajaran sebelum memikirkan soal perkahwinan.
Malah menurutnya, jika satu hari nanti dia terbuka hati untuk berkahwin, individu tersebut mestilah mampu memberikan kehidupan yang setaraf dengan apa yang telah dimiliki kini.
“Saya tak nak kahwin dulu. Lebih baik saya merantau satu dunia dan belajar tinggi-tinggi… santai sahaja. Nak enjoy life dulu.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Aliff Syukri pandai ‘speaking’ siap ada slang, ada pula meluat minta utama bahasa Melayu
ARTIKEL BERKAITAN: Shahida lega bukan kanser, anak perempuan Aliff Syukri dijangkiti bakteria daripada kucing
“Kalau boleh orang itu kena menyediakan segala keperluan macam abah saya, sebab abah dah set standard yang tinggi apa yang dia boleh berikan untuk keluarga.
“Jika saya berkahwin nanti, individu itu kena beri perkara sama sebab keluarga saya sudah pun menjaga saya elok-elok,” jelasnya.
Sementara itu, Qadejah sempat berkongsi kisah di sebalik hadiah jam tangan mewah Cartier yang diberikan oleh bapanya.
Menurut Qadejah, permintaan itu bukan dibuat secara serius, sebaliknya hanya tercetus secara spontan ketika sesi siaran langsung di TikTok bersama bapanya.
Jam tangan Qadejah yang dibeli Aliff mencuri perhatian netizen.
“Abah bangga saya buat live dan tanya saya nak apa. Saya cakap nak jam Cartier tapi dia tak menolak pun.
Jelasnya lagi, minat terhadap jenama mewah timbul sejak kecil kerana sering melihat bapanya membeli barangan berjenama untuk pelaburan.
Dari situ, dia faham jam tangan mewah bukan sekadar aksesori tetapi juga aset yang nilainya akan meningkat.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube