RSS Suria

Along Cham tukar peguam kes dadah, sebutan semula 24 April depan

PERBICARAAN kes dadah melibatkan pelawak Along Cham akan disambung semula di Mahkamah Majistret Sepang, Selangor pada 24 April depan.

Ini selepas Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan meminta pihak pendakwaan menyerahkan laporan hasil ujian saringan air kencing pelawak berkenaan.

Menurut peguam mewakili Along iaitu Zaleha Al Hayat, buat masa ini hanya dua dokumen sahaja yang diserahkan oleh pihak pendakwaan.

Zaleha (tengah) mewakili Along.

“Pihak pendakwaan masih belum serahkan dokumen bagi saringan air kencing, jadi 24 April ditetapkan bagi pihak pendakwaan untuk serahkan dokumen berkenaan.

“Hari ini hanya dua dokumen sahaja baru diserahkan iaitu melibatkan kes di bawah seksyen 6 dan 39A(1),” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, turut memaklumkan mengenai pertukaran peguam yang mewakilinya bagi kes berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Penjara jadi tempat Along Cham ‘cuci’ hati, rancang hasilkan filem mengenai kisah hidupnya

ARTIKEL BERKAITAN:Along Cham pernah lafaz cerai 2 bulan selepas nikah tapi isteri tak berubah langgar janji

Kata Along, perkara itu dibuat atas persetujuan bersama keluarga dan tiada sebarang isu berbangkit.

Along sebelum ini diwakili oleh peguam Datuk Kamal Hisham dan Syed Yusuf Syed Zaid.

“Pertukaran peguam atas persetujuan keluarga sebab tiada salah saya rasa untuk cari peguam yang terbaik untuk uruskan kes saya ni.

Peguam sebelum ini pun sudah dimaklumkan dan tiada masalah antara kami

ALONG CHAM

PELAWAK

“Peguam sebelum ini pun sudah dimaklumkan dan tiada masalah antara kami,” ujarnya.

Pada 28 Februari lalu, laporan kimia membabitkan kes dadah Along sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Along didakwa memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 1.49 gram, di sebuah rumah di Cyberjaya pada jam 3.10 petang, 14 Disember tahun lalu.

Perbicaran kes Along disambung pada April.

Along didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pelawak berkenaan turut berdepan dua lagi kes iaitu didakwa memiliki dadah berbahaya jenis kanabis seberat 49.61 gram di lokasi, masa dan tarikh sama.

Along juga didakwa memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan disyaki jenis tetra hydrocannibol (THC) di lokasi sama, pada pukul 10 malam di lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Selangor.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang boleh dibaca bersama 38B akta sama, membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan dikenakan pengawasan tidak kurang dua tahun serta tidak lebih tiga tahun.

Pada 27 Januari lalu, Mahkamah Sesyen Sepang melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas satu pertuduhan dadah jenis kanabis pada 14 Disember lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top