RSS Suria

Alya Iman dah ada nama netizen sebar fitnah, kembali buka ruang komen lepas buat laporan polis

TEGAS dalam mempertahankan maruah diri, pelakon Alya Iman tidak lagi menerima kecaman selepas dia tampil membuat laporan polis terhadap pihak yang memfitnah dirinya sebagai orang ketiga dalam rumah tangga pasangan Zizi Kirana dan Yusuf Baharin.

Kata Alya atau Nur Alya Iman Azmil, 24, dia juga sudah senaraikan nama-nama yang terbabit sebagai tidakan lanjut pihak berkuasa menjalankan siasatan.

“Buat masa ini tindakan lanjut dan senarai nama netizen itu masih lagi rahsia.

Alya tegas dalam pertahankan diri.

“Sekarang tiada lagi kecaman netizen, saya pun sudah buka semula ruangkan komen saya selepas buat laporan itu untuk pihak berkuasa lakukan siasatan.

“Sebagai wanita saya ada maruah dan mahu menjaga nama baik. Jadi apa-apa orang cakap fasal saya yang tidak benar saya kena pertahankan diri saya. Kalau saya biarkan mereka bercakap sesuka hati itu bermakna saya tak hormat diri saya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Alya tampil membuat laporan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Alya Iman buat laporan polis, tertekan kena fitnah jadi penyondol rumah tangga selebriti… Kerjaya terjejas akibat kecaman

ARTIKEL BERKAITAN: Alya Iman berang dituduh perosak rumah tangga Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin… "Saya tak simpan nombor dia"

Tambah pelakon ini sebagai seorang yang dikenali, tindakan membuat laporan polis adalah satu keputusan wajar agar tiada pihak yang mudah mengambil kesempatan terhadap dirinya.

“Benda ini mungkin akan menjadi satu permainan yang panjang dan bukan senang juga untuk saya hadap segala risiko tapi saya rasa bebaloi.

“Sebagai public figure ini adalah satu cara apa yang boleh saya lakukan untuk ajar orang,” luahnya.

Sementara Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad mengesahkan laporan yang dibuat oleh Alya dan memberitahu siasatan akan dijalan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Alya dan Yusuf berlakon bersama menerusi Si Bakhil dan Bunganya.

“Kita (polis) rujuk kepada SKMM,” katanya ringkas.

Alya sebelum ini dalam satu temu bual menyangkal dakwaan dia menjadi orang ketiga hubungan rumah tangga Yusuf dan Zizi.

Dakwaan itu mula timbul kerana dia dan Yusuf sama-sama membintangi drama Si Bakhil dan Bunganya yang sedang ditayangkan di Astro One.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top