PENYANYI Datin Alyah meluahkan rasa kesal apabila menerima layanan kurang mesra daripada sebuah hotel penginapan.
Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan, 43, berkata dia pernah menginap di hotel sama sebelum ini namun layanan diterima cukup berbeza.
Kata Alyah, kehadirannya tidak disambut mesra seolah-olah dirinya mendapat penginapan percuma di hotel berkenaan.
Alyah dipercayai menginap di hotel tersebut bersama anaknya.
“Dulu hotel ini best sangat, staf dia semua peramah. Lama sudah tak datang sini, datang balik semua berubah.
“Penginapan itu macam tak berbayar pula rasa dari riak wajah yang menyambut.
“Aku terlebih sensitif ke? Atau format kerja bahagian perkhidmatan sudah berubah?” luahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Rendah diri betul Alyah… Sanggup tolong pemilik kedai ambil pesanan pelanggan, siap cuci pinggan!
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Alyah kongsi cerita pemilihan nama anak angkat, dapat ilham dari sebuah restoran di R&R Ayer Keroh
Alyah berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Isnin yang turut memaparkan sekitar kawasan hotel berkenaan.
Dia bagaimanapun tidak mendedahkan nama hotel dia menginap itu.
Dalam pada itu, Alyah memberitahu dia tidak meminta untuk dilayan seperti orang terhormat namun cukuplah menghormati dirinya sebagai tetamu.
Alyah mahu dirinya dihormati sebagai tetamu hotel.
“Dunia-dunia… Tak minta dilayan macam raja cukuplah berikan layanan yang membantu dan menyenangkan.
“Kalau apa-apa yang kita minta tak ada, tak apa memahami. Tapi sekurang-kurangnya berilah kata maaf dan wajah yang menyenangkan,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!