RSS Suria

Amira Othman dedah tak jadi kahwin, mengaku tumpang populariti Fattah Amin

PENYANYI Amira Othman mendedahkan dia hampir menamatkan zaman solo dengan jejaka pilihan hati namun hasrat itu tidak kesampaian selepas ikatan percintaan mereka terputus di tengah jalan.

Tidak kecewa dengan perkara itu, Amira atau Nadia Amira Othman, 32, sebaliknya menerima dengan hati terbuka selain menganggap ia takdir sudah ditetapkan Allah SWT.

“Pernah berada di jalan menghalalkan hubungan tapi Allah itu Maha Mengetahui, saya terima sahaja ketentuan tersebut.

amira 1

Amira berlapang dada dengan takdirnya.

“Bagi saya ada hikmah di sebalik kejadian dan saya pun tidak suka hendak bergaduh… Jadi saya terima sebagai takdir,” katanya kepada mStar.

Amira berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi raya jenama Varisha di Shah Alam pada Sabtu.

Amira turut dilantik sebagai duta jenama berkenaan bersempena kempen hari raya tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku kuat cemburu, Amira Othman tak mahu pilih pelakon sebagai suami

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali masuk kelas senam berbasikal, otot paha Amira Othman koyak dan berdarah – “Warna air kencing bertukar hitam… darah itu kacau buah pinggang dan hati”

Dalam pada itu, Amira memilih merahsiakan kisah percintaannya disebabkan bimbang akan pandangan masyarakat yang berbeza-beza.

Amira juga enggan kisah percintaannya disensasikan dan ingin menjalani kehidupan biasa seperti orang lain.

“Mungkin itu adalah yang terbaik buat saya sebab saya cuma nak hidup dalam keadaan tenang.

Siapa sahaja bekerjasama dengan Fattah akan menumpang popularitinya.

AMIRA OTHMAN

PENYANYI

“Walaupun ketika berpisah itu rasa sakit yang amat sangat tapi saya reda,” jelasnya.

Sementara itu, Amira menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan aktor Fattah Amin seperti digembar-gemburkan sebelum ini.

Sebaliknya dia hanya menggunakan populariti Fattah yang terbabit dalam muzik video lagu terbaharunya berjudul Bila Nak Kahwin?

amira 3

Amira dan Fattah hanya sekadar gimik.

“Nama Fattah pun tengah popular sekarang jadi selepas berbincang dengan pihak label kami cuba lakukan gimik tersebut.

“Saya rasa siapa sahaja bekerjasama dengan Fattah akan menumpang popularitinya.

“Apapun saya harap gimik saya dan Fattah lakukan ini tidak keterlaluan di mata masyarakat,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top