RSS Suria

Amyra Rosli alami pendarahan, tak tahu punca sebenar – “Doktor kata mungkin hamil tak jadi”

PELAKON Amyra Rosli mendedahkan dia mengalami pendarahan selang beberapa hari selepas suaminya iaitu aktor Amar Baharin berangkat memulakan misi kayuhan ke Tanah Suci Makkah.

Tidak mengetahui punca sebenar masalah tersebut, Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 34, juga menafikan dirinya kini sedang hamil.

“Doktor kata mungkin hamil yang tak jadi, terlalu penat atau hormon tidak stabil. Saya tidak hamil sekarang. Hanya pendarahan yang tidak serius.

Amyra masih tidak mengetahu punca mengapa dirinya mengalami pendarahan.

Amyra masih tidak mengetahui punca mengapa dirinya mengalami pendarahan.

“Saya tak lakukan rawatan susulan sebab selepas makan ubat yang diberikan doktor. Pendarahan yang saya alami sudah berhenti,” katanya kepada mStar.

Amyra berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran Amber Abaya yang diadakan di Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Menurut pelakon ini dia juga sudah memaklumkan kejadian itu kepada suaminya namun tidak secara terperinci.

ARTIKEL BERKAITAN:Sinonim watak air mata sejak bertudung, Amyra Rosli anggap kepercayaan produksi

ARTIKEL BERKAITAN:Pertama kali berjauhan dengan suami, Amyra Rosli sebak lepaskan Amar Baharin sertai misi kayuhan ke Makkah

Ini kerana dia enggan membuatkan Amar bimbang kerana kini berjauhan dengan keluarga.

“Ada kongsi dengan Amar cuma tak mendalam sebab tak nak dia risau. Saya bersyukur ada ahli keluarga yang sentiasa bantu saya bila ketiadaan Amar buat masa ini,” ceritanya.

Untuk rekod, Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada November 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 8 dan Ayra Aryssa yang kini berusia 5 tahun.

Amar memulakan misi berbasikal ke Tanah Suci Makkah bersama Datuk Muhammad Muqharabbin sejak 27 April lalu dan dijangka tiba dalam masa terdekat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top