SETIAP manusia dilahirkan dengan tahap pemikiran dan keupayaan yang berbeza sama ada daripada segi akademik mahupun kemahiran.
Maka tidak hairanlah apabila pihak sekolah mewujudkan beberapa peringkat kelas yang dikategorikan berdasarkan tahap pencapaian murid.
Namun begitu, seorang wanita mendakwa terdapat sekolah yang mencampurkan semua kategori murid seperti sekolah anaknya sehingga meninggalkan kesan besar pada murid.
Golongan ibu memainkan peranan penting dalam pendidikan anak-anak. -Gambar hiasan
"Sekolah anak saya campur antara budak pandai dan tidak, kenapa KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) tidak teruskan sistem dahulu?
"Budak pandai satu kelas dan tak pandai pula satu kelas sebab murid yang pandai belajar laju, yang tak berapa pandai ni kena ulang dua tiga kali baru faham.
"Apabila dah bercampur, aku rasa cikgu pun pening nak ajar teknik macam mana nak bagi semua faham," luahnya menerusi hantaran di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Isi ruang jawapan dengan soalan, cikgu terkejut pelajar Tingkatan 1 tak tahu membaca! Ramai persoal apa berlaku di sekolah rendah
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sukar percaya murid sekolah rendah pandai menipu kertas ujian… Guru pula langsung tak terkejut!
Dakwa wanita ini lagi, amalan yang diterapkan di sekolah anaknya itu memberi kesan buruk kepada murid.
Terutama sekali berkaitan pergaulan dan pengaruh rakan sebaya.
"Aku tak kisah dengan budak yang banyak main. Tapi aku risau budak yang minat belajar tiba-tiba jadi tak minat sebab bergaul dengan murid yang banyak main.
"Aku bukan nak cakap budak tak pandai ni kena biarkan je. Tapi jika mak ayah tahu anak dia tak pandai, mestilah mak ayah risau dan akan lebih fokus nak pandaikan anak dia.
Pelajar cemerlang pun tak boleh nak diraikan sebab kena jaga hati yang tak cemerlang.
WARGA MAYA
"Cikgu pun boleh fikirkan teknik dan cara yang sesuai untuk bantu anak-anak ni," tambahnya menjelaskan realiti yang berlaku.
Baginya, jika ibu bapa mengetahui tahap keupayaan anak-anak sejak awal usia, maka pelbagai pendekatan boleh dilakukan mengikut potensi masing-masing.
"Ramai je yang tak kuat akademik tapi hebat praktikal.
"Jadi daripada kecil inilah kita kena kenal pasti potensi anak-anak dan bantu mengembangkannya mengikut kekuatan masing-masing," katanya lagi.
Kebanyakan netizen bersetuju dengan pandangannya.
Mengambil kira situasi anaknya yang kurang menyerlah dalam akademik, dia mengharapkan supaya KPM mengembalikan sistem penilaian murid berasaskan peperiksaan.
Rungutannya itu membuatkan netizen meninggalkan pelbagai reaksi termasuk menyalahkan segelintir ibu bapa yang mahu setiap murid dilayan sama rata.
"Sebab mak bapa juga… apabila buat tapisan mereka kata cikgu pilih kasih padahal ia membantu cikgu ajar ikut kemampuan dan kelajuan sebenar.
"Yang ni aku setuju sebab anak aku kelas pandai dan memang struggle bersaing markah paling tinggi tapi apabila KPM buat kelas campur, dia punya kesan pada anak aku sangat pedih ya… anak aku mula malas belajar.
"Pelajar cemelang pun tak boleh nak diraikan sebab kena jaga hati yang tak cemerlang.
"Betul tu sebab dengan siapa anak berkawan dan duduk akan mempengaruhi diri dia," demikian reaksi warga maya.