ORANG kata, jodoh itu tak mengenal usia.
Malah, ramai warga emas yang kematian pasangan berkahwin semula untuk menghilangkan kesunyian dalam meniti hari-hari senja.
Di platform X, seorang individu berkongsi kisah neneknya yang dipulaukan keluarga kerana meluahkan hasrat untuk kembali berumah tangga.
Orang tua pastinya berharap mereka dapat meraikan hari raya bersama anak cucu. -Gambar hiasan
“Arwah atuk meninggal tiga tahun lepas. Nenek buat keputusan untuk kahwin baru. Anak-anak semua tak setuju.
“Lepas tu semua pakat ‘palau’ nenek. Orang tua tu nak check up di Klinik Kesihatan pun kena naik teksi. Kau bayangkan.
“Ni masa raya anak dia tak jenguk pun. Ayah aku antara anak yang tak setuju,” tulis individu itu.
Kami sebagai cucu setuju je nenek nak kahwin… sekurang-kurangnya ada orang jaga.
CUCU
Dalam hantaran sama, individu itu berkata neneknya dibiarkan meraikan Aidilfitri sendirian sebagai tanda protes atas keputusannya.
“Sejak nenek nekad nak kahwin, ayah aku asyik marah nenek je. Semua benda tak puas hati.
“Padahal sebelum ini dia banyak bergantung pada nenek. Raya tahun ni pakcik dan makcik semua tak balik, tak berkumpul sebab kes nenek nak kahwin,” tulisnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 63 tahun bercerai, pasangan warga emas nikah semula… Siap lumur kek pada muka
ARTIKEL BERKAITAN:Tinggal di kampung, berkorban dari bujang sampai dah kahwin tapi ibu tak hargai
Menurut individu itu, dia sebagai cucu tidak menghalang perkahwinan neneknya, malah melihat ia sebagai satu keputusan yang baik.
“Kami sebagai cucu setuju je nenek nak kahwin. Sekurang-kurangnya ada orang jaga.
“Dah anak-anak abaikan, kerja nak pinjam duit tapi biarkan nenek duduk seorang diri.
Ada juga warga emas yang enggan berkahwin lagi selepas kematian pasangan mereka. -Gambar hiasan
“Kami sebagai cucu sedih tak dapat berkumpul,” tulisnya lagi.
Di ruangan komen, ramai netizen turut menyuarakan rasa simpati terhadap nenek individu itu kerana dihalang untuk berkahwin.
“Maaf cakap tapi anak-anak dia semua bodoh. Dah tak boleh jaga tapi tak bagi kahwin.
“Nenek nak peneman, nak pergi hospital, masjid atau beli barang sama-sama,” tulis beberapa netizen.