BARU bergelar bapa, suami pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsi tidak dapat tidur dengan lena semenjak anaknya Lyla Mulan Teh dilahirkan.
Menurut Datuk Lokman Teh, anaknya kerap menangis selain tidak mahu berjauhan dari pelukan isterinya ketika sedang tidur.
“Kelmarin betul-betul penat, setiap 20 minit dia bangun nak dekat dengan mommy.
Lokman teruja rasai pengalaman sebagai bapa.
“Lepas itu letak semula, tidur 10 hingga 20 minit minta mummy dia pegang lagi,” katanya.
Lokman berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di platform threads.
Walaupun terpaksa berjaga malam, Lokman mengakui teruja dapat menikmati pengalaman baharu dalam hidup.
ARTIKEL BERKAITAN:Atikah Suhaime selamat timang bayi perempuan, pilih nama Lyla Mulan Teh
ARTIKEL BERKAITAN:Atikah Suhaime kecil hati kawan datang rumah tegur tak ‘glowing’, siap bandingkan penampilan wanita hamil lain
“Walaupun tidak boleh tidur, tetapi saya seronok merasai momen ini dalam hidup dan berasa syukur, Alhamdulillah,” kongsinya.
Sebelum ini, Atikah atau Nur Atikah Suhaime, 33, memkalumkan dia selamat melahirkan puteri sulung pada 8 Mac lalu.
Untuk rekod, Atikah dan Lokman mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2024.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!