RSS Suria

Anak beria menyanyi, buat kejutan hari lahir… Tapi bapa suruh letak kek atas meja, sikit pun tak jamah

BAGI kebanyakan keluarga, meraikan hari lahir sudah menjadi rutin yang sentiasa dinanti-nantikan.

Namun seorang wanita di Thread meluahkan rasa kecewa apabila suaminya tidak menghargai usaha dia dan anak-anak dalam meraikan hari istimewa itu.

Menurut wanita itu lagi, suaminya bukan sahaja memberi reaksi kurang menyenangkan, malah langsung tidak menjamah kek yang dibeli.

Suami yang baik akan sentiasa menghargai usaha dan pengorbanan isteri. -Gambar hiasan AI

“Hari Selasa birthday suami aku. Aku tahu dia tak makan tapi anak-anak minta belikan kek. Aku beli satu slice je dan tulis ‘HB (happy birthday) Babah’ atas kek tu.

“Lepas tu, anak sulung aku bawa kek tu sambil nyanyi lagu happy birthday. Dia boleh suruh anak aku letak kek tu atas meja. Kalau kau tak makan pun, ambillah kek tu daripada anak.

“Tunjuklah effort sikit depan anak. Berubah terus muka anak aku,” tulis wanita itu dalam perkongsiannya pada Rabu.

  • Anak-anak teruja sambut hari lahir bapa mereka.
  • Suami tak hargai usaha isteri dan anak-anak.
  • Kek tak disentuh walau diberi oleh anak.
  • Teguran isteri dibalas dengan kata pedas.
  • Netizen beri pandangan berbeza.

Menurut wanita itu lagi dia juga menegur suaminya, namun dibalas semula dengan jawapan yang menyakitkan hati.

“Saya cakap makanlah sikit. Dia jawab dah tahu dia tak makan kek, kenapa beli? Saya buat ni pun sebab anak-anak minta belikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami dingin lepas kahwin, nak ucap ‘birthday’ pun susah… Isteri mula menyesal, kecewa tak dapat perhatian

ARTIKEL BERKAITAN: Hari jadi bini sendiri lupa, birthday kekasih lama gigih ucap walau terlewat! Sia-sia isteri padam nombor di handphone, rupanya suami hafal

“Dah mereka (anak-anak) beria, saya pun ikutkan je la. Bukan kek besar pun. Satu slice je,” tulis wanita itu lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen turut memberikan pandangan berbeza-beza mengenai situasi yang dihadapi wanita itu.

Anak-anak menjadi pelengkap dalam kehidupan suami isteri. -Gambar hiasan AI

“Dah tahu dia tak suka, tukarlah kek kepada benda lain. Ada inisiatif lain yang dia suka.

“Kalau memang suami tak suka, tak perlulah buat. Jimat duit.

“Kek tu bukan untuk suami sis sebenarnya, tapi momen untuk anak-anak,” tulis netizen.

Scroll to Top