RANCANGAN usahawan Datuk Seri Adnan Abu kembali berkahwin dengan bekas isterinya iaitu penyanyi Adira pada bulan Syawal ini nampaknya tidak kesampaian.
Berdamai dengan takdir, Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 47, berkata, dia dan Adira selesa mengekalkan berhubungan sebagai rakan baik serta mengutamakan anak-anak berbanding perasaan sendiri.
“Dulu hanya merancang sahaja, tapi nampaknya anak bulan tak kelihatan.
Adnan serah soal jodoh bersama Adira pada Allah SWT.
“Tapi saya reda dan kami pun selesa berkawan macam sekarang.
“Keutamaan kami berdua adalah pada anak-anak,” katanya Ketika dihubungi mStar pada Isnin.
Masih menyimpan perasaan sayang terhadap Adira atau Siti Adira Suhaimi, 34, Adnan bagaimanapun menyerahkan soal jodohnya pada Allah SWT.
Malah usahawan itu bersedia untuk bergelar duda sehingga akhir hayatnya jika tidak berjodohan kembali bersama Adira.
ARTIKEL BERKAITAN:Datuk Red rasa nikmat bercinta semula dengan Adira, tak mampu ‘get back’ dua bekas isteri… Kongsi cerita kahwin
ARTIKEL BERKAITAN:“Mungkin dia berharap kami bersanding semula”… Ini respons Datuk Red selepas bekas isteri ‘throwback’ foto kahwin dengan Adira
“Pada umur macam ini, saya hanya menantikan jodoh saya kembali bersama Adira.
“Cinta tak semestinya memiliki, andai Adira berjodoh dengan orang lain nanti pun tidak mengapa saya tiada masalah.
“Saya tetap reda bergelar duda tua sampai bila-bila, tak terfikir nak cari perempuan,” ujarnya.
Sementara itu, Adnan menjelaskan faktor kewangan menjadi salah satu punca dia membuat keputusan untuk tangguhkan niat menikahi semula Adira.
Dulu hanya merancang sahaja, tapi nampaknya anak bulan tak kelihatan.
DATUK RED
USAHAWAN
Kata Adnan, dia masih mempunyai hutang yang perlu diselesaikan dan enggan membebankan Adira dengan perkara berkenaan.
“Faktor kewangan antara punca saya rasa belum masa untuk berkahwin.
“Tambah pula perjalanan saya nak selesaikan hutang lama pun masih jauh.
“Saya sedar diri dan tidak mahu membebankan isteri saya jika berkahwin nanti,” jelasnya.
Fokus utama Adnan dan Adira adalah anak-anak.
Pada Julai tahun lalu, Adnan meluahkan hasrat mahu berkahwin semula dengan Adira pada Aidilfitri tahun 2025.
Untuk rekod, Adnan dan Adira pernah berkahwin pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia 3 tahun.
Perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim juga berakhir dengan penceraian pada 13 Mei tahun sama dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.
Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp,Telegram,Twitter,TikTok,Facebook,InstagramdanYouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!