JODOH seseorang bukanlah perkara yang bolehdipersoalkan kerana segala-galanya bergantung pada rezeki dan perancangan Allah.
Bagi seorang wanita, dia sudah terbiasa dengan soalan atau pertanyaan berkaitan jodoh lebih-lebih lagi setelah memasuki usia 30 tahun.
Bagaimanapun, dia tidak mahu gopoh dalam mencari pasangan selain percaya kepada hakikat rezeki, jodoh, ajal dan pertemuan dalam kehidupan manusia.
Namun, apa yang membuatkan dia hairan adalah sikap salah seorang rakannya yang bersungguh-sungguh ingin tahu tentang kehidupan bujang yang dilaluinya.
Kita tidak perlu sibuk bertanya tentang jodoh dan kisah peribadi orang lain. -Gambar hiasan
“Salah seorang kawan saya punya soalan, awak tak mahu kahwin ke? Tahun nidah 30 tahun dan dia (kawan) sudah berkahwin.
“Tak apa, saya bukan cepat melenting, jawapan saya beri mudah. Saya nak je kahwin, tapi jodoh belum sampai dan tak tahu siapa atau di mana. Jadi, sabar saja.
“Buat masa ni saya nikmati kehidupan solo dengan tenang. Dan dia (kawan) sambung dengan soalan lain,” ceritanya di laman sosial.
Bagaimanapun soalan seterusnya yang diajukan dianggap lucu kerana rakannya bertanya sama ada dirinya kesunyian hidup tanpa pasangan.
ARTIKEL BERKAITAN: Teringin nak ‘sweet’ momen dengan lelaki, tapi rasa sayang tak hadir… Wanita risau umur 27 tahun belum kahwin, buntu kejar cinta
ARTIKEL BERKAITAN: Doktor janda 2 anak cari calon suami, tak kisah bujang atau duda janji sekufu… Titip nasihat buat budak hingusan komen negatif
“Dia (kawan) tanya saya tak rasa sunyi ke seorang? Sambil gelak dan jawab, Alhamdulillah tak ada lagi perasaan tu.
“Kemudian, saya tanya tanyalah dia balik, lepas dia berkahwin ada tak rasa sunyi, namun tak dibalas,” katanya.
Perbualan antara dua rakan itu tidak terhenti setakat itu apabila dia sekali lagi ditanya tentang penerimaan ibunya.
“Mak saya ada tanya, tapi mak tenang je, dah tak sampai jodoh anak dialagi.
Tak kan saya nak tangkap muat mana-mana lelaki pula untuk jadi suami
PENGUSAHA PELAMIN MINI
“Tak kan saya nak tangkap muat mana-mana lelaki pula untuk jadi suami,” katanya lanjut.
Pengusaha pelamin mini ini memberitahu, perbualan mereka tidak terhenti di situ kerana kawannya masih memberi soalan bertalu-talu sehingga dia sendiri terpaksa bertindak menghentikannya.
“Ada lagi beberapa soalan lain tapi saya malas nak taip. Akhirnya saya minta diabertenang. Saya tak berkahwin dan tidak kacau hidup diapun.
“Saya tak kacau laki (suami) dia. Tak minta duit belanja atau apa-apa kat dia. Jadi, bertenang.
Perkahwinan yang bahagia menjadi impian stiap pasangan suami isteri. -Gambar hiasan
“Saya tak marah dia bertanya, sebab dah terbiasa. Saya anggap orang nak communicate (bersembang) tapi tahu nak cakap apa jadi itulah topik yang dimulakan,” ujarnya lanjut.
Jelas wanita ini, sebelum ini dia juga pernah disindir dengan kata-kata pedih oleh seorang wanita berusia, juga berkaitanjodohnya.
Apa yang keluar dari mulut wanita berpangkat ‘makcik’ itu ternyata mengguris hatinya namun dia memilih untuk senyum dan berdiam diri.
“Saya buat bisnes pelamin mini, waktu pasang tu, ada la mak cik ni tanya berapa umur, saya pun jawab dan dia soal saya sudah berkahwin ke belum. Saya kata belum.
“Mak cik tu cakap saya pasang pelamin dekat orang, tapi sendiri tak kahwin lagi! Tak nak merasa naik pelamin ke? Deep sangat.
“Saya senyum je, nak menjawab nanti kata biadab, viral pula nanti, tapi tetap menjawab dalam hati sebab geram,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube