RSS Suria

Anak istimewa Rahmad Mega meninggal dunia

ANAK perempuan kepada penyanyi Rahmad Mega, Nur Ara Elisya meninggal dunia pada Ahad.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 15 tahun.

Berita sedih itu disahkan oleh Rahmad atau Rahmad Tohak, 56, menerusi hantaran di Thread miliknya.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 15 tahun.

“Saya dapat berita anak saya (Elisya) baru menghembuskan nafas terakhir.

“Saya terpaksa bergegas pulang dari Kuching ke Semenanjung,” katanya.

Bagaimanapun Rahmad tidak berkongsi punca kematian Allahyarham.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat anak-anak Rahmad Mega, semuanya belajar pandai… Syukur tak terjebak dunia media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Rahmad Mega puji artis veteran cari duit guna TikTok, lebih baik daripada tunggu tawaran kerja

Rahmad dijangka tiba di Kuala Lumpur dari Kuching pada pukul 9.30 malam.

Pada Februari lalu, media melaporkan Nur Ara Elisya menjalani pembedahan tulang belakang (spinal) untuk meluruskan tulang belakang yang membengkok 140 darjah.

Keadaan itu berlaku disebabkan sindrom Prader Willi, iaitu sejenis penyakit genetik yang jarang berlaku.

Elisya merupakan anak hasil perkahwinan Rahmad bersama Ainina.

Sindrom tersebut dialami sejak lahir dan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuk gangguan fizikal, mental dan tingkah laku.

Menurut Rahmad, keadaan tulang belakang Nur Ara Elisya lebih kronik daripada kes penyanyi Zamani Slam dan dimasukkan ke hospital sejak 24 Disember lalu.

Untuk rekod, Nur Ara Elisya merupakan anak hasil perkahwinan Rahmad bersama pelakon Ainina Ahmad B.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top