BIMBANG anak tak henti menangis pada waktu Maghrib, pelakon Datin Intan Najuwa meminta bantuan pengamal perubatan Islam bagi merawat Imane Lunara.
Menyedari tindakan bayi itu terlalu berlebihan, Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, bagaimanapun bersyukur anaknya kini dalam keadaan baik.
“Ha, siapa suruh menangis lagi masa Maghrib. Kan mak kau dah panggil ustaz suruh ruqyah. Buat hallah Luna.
Intan bimbang dengan keadaan anak.
“Alhamdulillah ustaz cakap tak ada apa pun, biasalah budak-budak nak membesar. Mak kau pun la Lunara,” katanya.
Intan berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Jumaat.
Menerusi hantaran tersebut kelihatan seorang ustaz mengalunkan ayat suci al-Quran sambil tangannya memegang Luna.
ARTIKEL BERKAITAN:Mahu isteri fokus jaga diri, suami Intan Najuwa sediakan tiga pengasuh urus anak
ARTIKEL BERKAITAN:Enggan anak tertekan tempuh kesesakan lalu lintas, Intan Najuwa pilih beraya di KL
Kata Intan, dia mengenali ustaz berkenaan kerana pernah melakukan upacara sunnah sebaik sahaja anaknya lahir sebelum ini.
“Ustaz yang saya panggil ini ustaz yang tahnikkan Luna dulu. Amboi suka eh Luna, sampai lompat-lompat,” ujarnya.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengikut yang terhibur melihat gelagat aktres berkenaan.
Luna merupakan anak sulung Intan dan suami.
“Lepas ini suami dia upah ustaz pula duduk sekali.
“Luna pun keliru siapa kena ruqyah, dia ke mummy dia,” antara komen netizen.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!