RSS Suria

Anak sahkan Bonda Rozita sudah kahwin, anggap bapa tiri ‘kekasih’ baharu ibu

TEKA-teki mengenai dakwaan usahawan Rozita Ibrahim sudah bercerai dan kembali bertemu jodoh akhirnya terjawab apabila salah seorang anaknya tampil menjelaskan perkara sebenar.

Nur Ain Sufiah atau mesra disapa Ain mengesahkan Rozita sudah pun mendirikan rumah tangga dengan lelaki berkumis tebal yang muncul dalam video siaran langsungnya sebelum ini.

Ain menyifatkan perkahwinan itu sebagai ketentuan Allah dan rezeki ibunya sekali lagi bertemu jodoh selepas bercerai.

Antara rakaman video yang tular melibatkan Rozita dan suami baharu.

“Ajal, maut dan jodoh ditangan Tuhan. Mereka sudah bernikah secara halal dan perkara itu perlu diraikan.

“Mohon netizen jangan kecam berlebihan. Rezeki mak saya kahwin baru,” katanya.

Ain berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok.

Dalam pada itu, Ain menjelaskan mereka sekeluarga menerima perkahwinan tersebut secara terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN:[V] Lelaki berkumis tebal suami baharu Bonda Rozita? Menantu tak berani buka mulut, suruh tanya tuan badan

ARTIKEL BERKAITAN:Bengang dituduh guna ilmu hitam untuk awet muda, ibu Aliff Syukri saman TikToker setengah juta

Malah jelas Ain mereka menerima kehadiran bapa tiri dengan seadanya dan memandang lelaki tersebut sebasgai kekasih baharu ibunya.

“Kami anak-beranak semua dalam keadaan baik, mummy dan daddy juga okay. Kalian tak perlu risau. Kami sekeluarga okay dengan situasi kami sekarang.

“Kami terima lelaki itu seadanya tapi adik-beradik memandang dia sebagai kekasih baru mummy,” ujarnya.

Menjawab mengenai punca penceraian Rozita dengan bekas suami, Ain enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut.

Mummy tak mahu beri penjelasan sebab kalau buat akan dikecam.

NUR AIN SUFIAH

ANAK ROZITA

Jelas Ain, Rozita juga berdiam diri mengenainya kerana enggan mengeruhkan keadaan selain ia adalah perkara peribadi.

“Punca perpisahan itu kalian tidak perlu tahu kenapa. Itu privasi keluarga kami dan orang luar tidak perlu tahu… Kalau mereka tiada jodoh, kenapa kita nak paksa?

“Ada segelintir tanya mengapa mummy tak mahu beri penjelasan sebab kalau buat akan dikecam, kalau tak buat pun tetap akan kena kecam,” katanya.

Bagaimanapun kata Ain, dia tampil membuat penjelasan bagi pihak ibunya kerana tidak mahu timbul sebarang fitnah tentang Rozita.

Anak Rozita akhirnya buka mulut jelaskan status ibunya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial dakwaan Rozita bertemu cinta baharu selepas sosok seorang Lelaki berkumis tebal muncul di belakang wanita itu ketika sedang mempromosikan produk secara langsung di media sosial di dalam bilik hotel.

Telahan semakin rancak apabila pelakon Rebecca Nur Al Islam juga dikatakan turut meninggalkan komen pada sesi siaran langsung tersebut dengan memanggil Rozita sebagai ‘kakak iparku’.

Malah lelaki sama juga muncul di Instagram story Rozita sehingga menguatkan lagi dakwaan mereka sudah berkahwin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp,Telegram,Twitter,TikTok,Facebook,InstagramdanYouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top