RSS Suria

Anak saudara Siti Nurhaliza harumkan nama negara, Umai menang pingat emas di WCOPA

ANAK saudara kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya mengharumkan nama negara apabila merangkul pingat emas di 2024 Junior Champion Vocalist di pertandingan antarabangsa World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Los Angeles pada Sabtu.

Mempertaruhkan lagu berjudul A Natural Woman nyanyian asal Aretha Franklin, Umai atau Ummi Umairah Saiful Anuar, 13, berjaya menewaskan empat lagi finalis lain termasuk dari Emiriah Arab Bersatu dan Afrika Selatan.

Kemenangan itu turut dikongsi Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, yang meluahkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada Umai kerana berjaya membawa pulang pingat emas dan mengharumkan nama negara.

Siti tumpang bangga dengan kemenangan yang diraih oleh Umai.

Siti tumpang bangga dengan kemenangan yang diraih oleh Umai.

“Alhamdulillah, tahniah Umai berjaya bawa pulang pingat emas dan harumkan nama negara,” katanya.

Siti berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Sebelum itu, Siti dilihat teruja memuat naik video anak saudaranya itu membuat persembahan dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza nampak bakat luar biasa Umai sejak kecil, pesan anak saudara jangan abai pelajaran

ARTIKEL BERKAITAN: Anak buah Siti Nurhaliza menangis semasa latihan vokal… Saerah jawab dakwaan paksa Umai jadi penyanyi

Penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu turut memuji persembahan peserta lain yang disifatkan sebagai pesaing sengit Umai.

Untuk info, pada saringan pertama Umai bersaing dalam lima kategori iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World dan Variety sebelum berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir menerusi kategori R&B.

Umai kemudiannya mara ke peringkat akhir bagi kategori 13 hingga 15 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top