BERSYUKUR urusan pengebumian berjalan lancar, anak sulung kepada pelakon Lan Zailan yang mahu dikenali sebagai Baizura memberitahu mereka sekeluarga reda menerima takdir pemergian bapa tercinta.
Menurut Baizura, 43, dia dan keluarga juga sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan sejak bapanya itu disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat pada November lalu.
“Kami adik-beradik sudah reda dari awal sebab kami tahu dia sakit. Saya pesan kepada adik-adik, apa sahaja yang berlaku kita doa semoga segalanya dipermudahkan.
Baizura kongsi sikap Allahyarham sebagai bapa.
“Syukur urusan hari ini berjalan lancar. Ramai rakan-rakan artis yang datang ziarah ayah,” katanya kepada mStar.
Lan atau Zailan Kamaruddin menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat sakit kanser pankreas tahap empat, kira-kira pukul 4.21 pagi, Khamis.
Meskipun berduka menerima berita pemergian itu, Baizura kekal kuat berdepan ujian berkenaan dan mampu tersenyum apabila melihat urusan perjalanan akhir bapanya itu dipermudahkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Fizz Fairuz sifatkan Lan Zailan seorang ceria dan suka bergurau, Ellie Suriaty terkilan tak sempat ziarah arwah
ARTIKEL BERKAITAN: Arwah Lan Zailan sempat tinggalkan pesan untuk anak-anak sebelum pergi, berbual dengan Ebby Yus menerusi ‘video call’
“Sekarang ini mungkin nampak okey, tapi tak tahu masa akan datang bila terkenang kembali arwah.
“Saya mampu senyum sebab urusan arwah telah selesai dan seperti dikatakan semua berjalan lancar.
“Saya pun tak tahu apa amalan arwah sehingga dipermudahkan. Mungkin dia baik dan selalu buat orang ceria,” luahnya.
Berkongsi sisi peribadi bapanya, Baizura memberitahu arwah seorang yang ceria namun tegas dalam mendidik anak-anak.
Jenazah Lan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya.
“Dia suka bergurau namun sebagai bapa semestinya tegas. Dia juga sentiasa menyokong apa yang kami lakukan,” jelasnya.
Selain Baizura, Lan juga memiliki empat anak lain hasil perkahwinan pertama bersama arwah isterinya iaitu Hasnah Mohd Taib
Kemudiannya Lan berkahwin dengan Ruby Sara Omar pada 2020.
Jenazah Allahyarham Lan Zailan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya sekitar pukul 11.25 pagi Khamis.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!