BANYAK sekolah mengadakan majlis apresiasi untuk meraikan dan menghargai murid-murid cemerlang sempena sesi akhir persekolahan.
Menerusi satu perkongsian, seorang wanita meluahkan rasa dilema kerana tidak menghadiri majlis berkenaan meskipun diminta hadir oleh anaknya.
“Kasihan anak aku beria-ria ajak suruh pergi majlis apresiasi sekolah dia. Bukan tak mahu pergi tapi kalau pergi pun buat menyemak juga.
“Mak ayah lain datang sebab nak tengok anak naik pentas. Anak aku pun bukan tak cerdik sebab dia dapat top 10 daripada 33 orang dalam kelas. Tapi ye la dah nombor dipanggil (naik pentas) sampai tiga teratas (top 3) je.
“Dia pun tak dapat anugerah apa-apa walaupun kawan dia dapat naik pentas tu sama markah Matematik untuk subjek terbaik,” katanya menerusi hantaran di laman sosial.
Para pelajar bersemangat hadir ke sekolah. -Gambar hiasan
Reda dengan keputusan itu, dia menganggap bukan rezeki anaknya untuk menerima anugerah pada tahun ini, sambil berharap ada sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.
“Tak apalah, anak jauh lagi perjalanan hidup di dunia ni. Saya yakin kalau bukan tahun ni… Tahun Tiga, Empat, Lima atau Enam ada la rezeki dia naik pentas,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak disuruh ponteng, tak mampu bawa makanan jamuan ‘potluck’ sekolah… Ibu kecil hati baca mesej cikgu di grup WhatsApp
ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa punya idea sampah ni?” – Bapa buat kecoh dalam grup WhatsApp, bengang sekolah anak anjur majlis anugerah hari minggu
Pada masa sama, dia turut menasihati anaknya supaya sentiasa berbuat kebaikan dengan semua orang tanpa mengharapkan sebarang balasan.
“Selalu pesan jaga adab, dengar kata cikgu, baik dengan kawan-kawan dan jangan gaduh-gaduh. InsyaAllah ada la tu yang baik-baik menanti.
“Bukan anugerah yang kita kejarkan. Pengalaman menjadi seorang murid yang baik tu akan dikenang kawan-kawan dan guru-guru. Jadilah orang baik, bijak tu bonus je,” katanya.
Bukan anugerah yang kita kejarkan. Jadilah orang baik, bijak tu bonus je.
IBU
Perkongsian wanita itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi dan pandangan termasuk kritikan warga maya gara-gara tidak hadir disebabkan anaknya tidak tersenarai dalam kumpulan tiga teratas.
Susulan itu, dia tampil menjelaskan beberapa faktor lain yang menyebabkan dirinya tidak dapat hadir ke majlis apresiasi anaknya.
Setiap ibu mahu yang terbaik untuk keluarga. -Gambar hiasan
“Majlis dibuat di tempat yang limited ruang parkir, sebab tu saya utamakan mak ayah yang anaknya naik pentas. Adiknya pula batuk, kurang sihat, takkan nak bawa orang tak sihat pergi majlis ramai-ramai.
“Saya bukan tak pernah pergi. Tahun ni je tak dapat pergi. Anak memang suka tengok mak ayah datang, ikutkan tahun lepas dah pernah datang sebab adiknya prasekolah.
“Tahun ni dia tak ada buat persembahan. Kalau kata dia ada buat persembahan pun hari ini mungkin saya tak dapat hadir juga sebab adiknya tak sihat,” jelasnya lagi.
Sebagai ibu, dia tetap menghargai usaha anaknya untuk menjadi yang terbaik terutama dalam akademik.
Malah katanya, dia juga bersyukur dan berbangga kerana anaknya menunjukkan banyak peningkatan dari segi prestasi di sekolah berbanding tahun lalu.
“Cuma itulah belum rezeki dia lagi naik pentas. Bukan rezeki nak hadir ke majlis dia tahun ni,” katanya.