RSS Suria

Anak tolong selesai hutang sampai akaun ‘kering’, bapa naik hantu diminta bayar balik wang – “Ayah kata saya berkira”

ANAK yang menjadi satu-satunya tempat ibu bapabergantungterutamanya dalam hal kewangan bolehmenjadi punca kepada masalah keluarga sekali gus merenggangkan hubungan.

Seperti mana yang berlaku kepada wanita ini, niat ikhlas untuk membantu bapanya membayar bil bertukar menjadi perbalahan sehingga dia dituduh berkira.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita tersebut menceritakan bagaimana dia diminta oleh bapanya untuk membayar bil utiliti berjumlah RM380 menggunakan akaun bank miliknya.

Seorang anak menceritakan bagaimana dia terpaksa menanggung keluarga dalam keadaan terhimpit. -Gambar hiasan

“Ayah minta tolong bayarkan bil dulu. Online banking dia kena tunggu 24 jam Secure2U (luluskan transaksi guna platform Maybank2u).

“Saya tolong bayarkan walaupun dalam akaun ada RM500 je untuk ‘survive‘ sampai gaji seterusnya. Jumlah bil tu RM380 ya.

“Dipendekkan cerita, tiga hari selepas tu saya pun minta la balik (duit bil). Ayah mengamuk kata saya berkira,” ujar wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Gaji mak ayah berpuluh ribu, anak bergaji kecil anggap dah tak perlu hulur duit- “Belanja aku pun cukup-cukup je”

ARTIKEL BERKAITAN:Tak perlu tunggu mak ayah minta, wanita kagum anak gaji RM1,500 tetap hulur RM50 sebulan… Cari keberkatan dalam rezeki

Menurut wanita itu, dia sama sekali tidak menjangkabapanya akan menunjukkan reaksi sebegitu hanya kerana dia meminta semula wang pembayaran bil.

Dia turut berasaterkilan kerana sebelum ini sudah banyak menghabiskan wang gaji untuk membantu keluarganya.

“(Ayah) Cakap pun tengking-tengking dan dia baling je duit tu sambil cakap macam-macam dekat saya.

“Sebelum anda semua nak cakap saya berkira, bulan ni saya habis bayarkan baiki kereta dia RM530.

Cuba duduk asing, bagi duit setiap bulan saja untuk mak ayah.

NETIZEN

“Bil internet dekat rumah RM90, bil langganan Astro RM100, penapis air RM55 dan mak saya punya hutang kain dekat orang RM250,” tegasnya.

Luahan itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada yang bersimpati, namun tidak kurang juga yang memberi nasihat supaya dia mempertimbangkan tindakan jangka panjang.

Namun ada juga yang tampil menasihati wanita tersebut agar mendapatkan pandangan daripada golongan lebih arif.

Komen netizen di media sosial.

“Sila jauhkan diri dari keluarga toksik macam ni. Mak pun satu, tak ada duit tapi nak beli kain. Anak-anak bukan rancangan persaraan ibu bapa mereka.

“Cuba awak tanya pada ustazah dan ustaz. Saya tak rasa apa awak buat ni betul. Tapi tak apa tanya je pendapat orang yang arif ya. Moga dipermudahkan urusan.

“Buang la famili macam mana sekali pun tetap keluarga kita. Boleh bagi pendapat saja la. Cuba duduk asing, bagi duit setiap bulan saja untuk mak ayah,” komen beberapa netizen.

Scroll to Top