KEJAYAAN pelakon Anna Jobling mencipta nama dan diterima baik di Indonesia sesuatu membanggakan kerana tidak ramai bakat dari negara ini dapat menempa nama di sana.
Bagaimanapun kata Anna atau Anna Elissa Gustin Jobling, 25, kejayaan itu tidak datang bergolek tetapi pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa ditempuh.
“Saya seorang yang tahu apa saya inginkan dan untuk masuk ke pasaran Indonesia memang payah,” katanya kepada mStar.
Anna berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Anugerah Gempak Most Wanted 2024 (GMWA2024) yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada malam Ahad.
Annapelbagai cabaran dan dugaan sebelum berjaya mencipta nama di Indonesia.
Dalam pada itu, Anna menasihatkan sekiranya ada bakat baharu atau pempengaruh cuba menembusi pasaran Indonesia agar menghargai peluang sekiranya dapat ke sana.
Apa paling penting kata Anna, seseorang itu perlu bijak membawa diri dan tidak sesekali mengambil kesempatan atas peluang diberikan.
“Tolong pegang peluang elok-elok dan jaga diri.
“Paling penting jangan sesekali ambil kesempatan dan jagalah kelakuan selain nama baik Malaysia,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Raih 4.8 juta undian, trofi ‘Gempak Most Wanted 2024’ sekali lagi milik Anna Jobling
ARTIKEL BERKAITAN:Tetamu hadir ikut tema… Tiada ‘cross dressing’ di karpet merah Gempak Most Wanted 2024
Mengulas mengenai insiden penipuan kehilangan seorang pempengaruh di sebuah hutan di Bandung, Indonesia sehingga menimbulkan kekecohan di antara dua negara, Anna menganggap perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
Tidak terkena tempias susulan kontroversi itu, Anna berharap insiden itu dijadikan iktibar dan ia tidak berulang lagi.
“Sejujurnya saya tidak terkena tempias dengan apa berlaku tetapi saya cuma boleh nasihat jaga nama baik negara.
Paling penting jangan sesekali ambil kesempatan dan jagalah kelakuan selain nama baik Malaysia.
ANNA JOBLING
PELAKON
“Insya-Allah mereka (pempengaruh media sosial) akan belajar daripada kesilapan yang dilakukan.
“Kena pandai jaga diri bukan saja di Indonesia tetapi di mana-mana kita berada,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Anna meluahkan rasa syukur dengan kemenangan di Anugerah Gempak Most Wanted 2024 (GMWA2024) yang berlangsung pada malam Ahad.
Pelakon drama Melur Untuk Firdaus ini berjaya mengekalkan trofi Gempak Most Wanted selama dua tahun berturut-turut dengan undian sebanyak 4.8 juta.
Anna mengakui bukan mudah mencipta nama di Indonesia.
Kata Anna, kemenangannya ini adalah hasil usaha daripada peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan terhadap kerjaya seninya.
“Saya cuba jaga hubungan dengan peminat. Saya rasa peminat hanya mahukan saya meluangkan masa bersama mereka, hargai setiap posting mereka di media sosial.
“Saya sentiasa menghargai usaha-usaha peminat yang selama ini menyokong kerjaya lakonan saya.
“Saya tiada rahsia kemenangan tetapi bagi saya kita hanya perlu berbuat baik kepada semua dan sentiasa merendah diri,” katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!