GOLONGAN isteri merupakan insan paling kecewa apabila mengetahui suaminya berkahwin lain tanpa kebenaran.
Lebih mendukacitakan apabila perkahwinan baharu itu berlangsung tanpa pengetahuannya sehinggalah ia terbongkar menerusi tindak tanduk suami yang mencurigakan.
Menyaksikan sendiri situasi seperti itu, seorang wanita berkongsi pengalaman ibunya yang menjadi ‘madu’ tanpa disedari.
Setiap individu mengimpikan kehidupan yang harmoni bersama keluarganya. -Gambar hiasan.jpg
“Arwah ayah kahwin tiga dan ada empat orang anak kandung.
“Dua daripada bekas isteri pertama, seorang daripada isteri semasa dan seorang lagi bekas isteri ketiga,” ujarnya dalam nada kecewa apabila mengetahui perkara tersebut selepas kematian ayahnya.
Dia yang merasakan diri ditipu turut meluahkan rasa geram apabila isteri semasa arwah ayahnya membolot segala harta yang ditinggalkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Main sentimen ‘hak isteri’, mak bolot harta arwah ayah… Berani tolak kaedah faraid, siap nak palsukan tandatangan anak-anak
ARTIKEL BERKAITAN: Mak tak ikut faraid, guna wasiat mulut bolot harta arwah bapa… Paling sedih sibuk kira duit sedekah sebelum jasad dikebumi!
Malah dakwanya, harta tersebut difaraidkan tanpa pengetahuannya dan adik-beradik yang lain.
“Arwah ada harta iaitu sebuah tanah beserta rumah. Nak jadikan cerita, hari tu pergi ke pejabat tanah dan galian untuk urusan faraid.
“Mereka nyatakan, harta tersebut sudah difaraidkan. Pelik macam mana boleh difaraidkan tanpa pengetahuan anak-anak lain,” tambahnya.
Menurut wanita ini, berdasarkan hasil semakan, nama pada geran tanah tersebut adalah anak dan isteri semasa arwah ayahnya.
Pegawai pejabat tanah cakap, semasa pembicaraan mereka mengaku arwah hanya kahwin sekali dan ada seorang anak sahaja.
WARGA MAYA
“Apabila semak secara terperinci, pegawai pejabat tanah cakap, semasa pembicaraan mereka mengaku arwah hanya kahwin sekali dan ada anak seorang sahaja,” tambahnya lagi.
Lebih menyedihkan apabila semasa perbicaraan pusaka kecil itu berlangsung, adik-beradik arwah ayahnya hanya membisu.
Susulan itu, wanita ini berharap agar dia dapat ‘mencabar’ keputusan faraid yang dibuat kerana merasakan terdapat penipuan dalam pembahagian harta.
Netizen termasuk peguam memberikan pandangan masing-masing.
“Ia disaksikan oleh adik-beradik arwah. Persoalan saya sekarang, ada tak peguam yang boleh bantu saya dalam mencabar keputusan mahkamah sebab mereka menipu.
“Kalau boleh nak saman sekali,” tegasnya yang mengharapkan keadilan untuk dirinya dan adik-beradik lain.
Menjengah ke ruangan komen, beberapa peguam tampil berkongsi maklumat dan langkah yang boleh dilakukannya untuk membatalkan keputusan faraid tersebut.
“Buat laporan polis terhadap pemohon pertama kerana telah menipu di dalam akuannya di mana dia tidak mengisytiharkan waris dengan jujur.
“Lantik peguam untuk hantar notis tuntutan dan kemudiannya failkan saman untuk batalkan perintah pusaka kecil yang telah dikeluarkan sebelum ini.
“Pasrahlah… buang duit ambil peguam bayar mahal-mahal tak tentu menang, kalau menang pun tak berbaloi dengan duit yang dah keluar bayar peguam,” demikian pandangan warga maya.