RSS Suria

Asraff Khan dapat tempat ketiga ujian akhir tahun, bimbang suara pecah sukar nyanyi lagu nada tinggi 

SUDAH menginjak usia remaja, penyanyi Asyraff Khan takut akan mengalami perubahan suara selepas mencapai akil baligh.

Asyraf atau Amirul Asyraff Khan Hamimi Syamsul, 13, berkata dia bimbang perubahan tersebut bakal menjejaskan keupayaan dia menyanyi.

“Masuk usia 13 tahun ini antara benda yang saya tertekan apabila suara saya pecah.

Copy of Untitled - 2025-01-10T165607.276

Asyraff bersedia menjalani latihan vokal.

“Saya takut kalau perubahan suara itu mengganggu saya menyanyi nada tinggi seperti sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sedar perjalanan seninya masih panjang, Asyraff bersedia untuk memasuki kelas vokal pada masa akan datang.

Jelasnya, dia yakin langkah tersebut dapat membantunya menyesuaikan diri dengan keadaan suara baharu serta memperbaiki kelemahannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Siap kerja sekolah baru menyanyi, Asyraff Khan mahu jadi seperti Amy Search

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rindu Hatiku Rindu’ trending nombor satu, nama penyanyi cilik Tantari mula dikenali ramai… “Suara unik berjiwa rock”

“Saya akan dapatkan bantuan guru vokal untuk melihat had nada tinggi yang saya oleh capai dalam nyanyian.

“Jadi saya dapat sesuaikan diri dengan suara yang lebih garau dan mantapkan lagi kemahiran menyanyi saya,” jelasnya.

Bercerita mengenai kejayaan dalam bidang akademik pula, Asyraff memaklumkan dia memperoleh tempat ketiga dalam peperiksaan akhir tahun di sekolah.

Alhamdilillah kerja keras saya selama ini berhasil juga.

ASYRAFF KHAN

PENYANYI CILIK

Bangga dengan keputusan berkenaan, penyanyi itu meluahkan rasa syukur apabila kerja kerasnya mengulang kaji pelajaran akhirnya membuahkan hasil.

Lebih manis, kejayaan itu pertama kali diraihnya sepanjang enam tahun bergelar pelajar.

“Saya bersyukur diberi tiga anugerah tersebut, Alhamdilillah kerja keras saya selama ini berhasil juga.

Copy of Untitled - 2025-01-10T165957.323

Asyraff bersyukur kerja kerasnya membuahkan hasil.

“Saya patuh jadual ditetapkan oleh ibu agar saya dapat seimbangkan masa untuk belajar, menyanyi dan lakukan aktiviti harian lain.

“Kawan-kawan pun terkejut sebab sebelum ini saya tak pernah menjadi pelajar top 3 dalam kelas, dan ini kali pertama,” kongsinya.

Selain keputusan cemerlang, kanak-kanak itu turut meraih dua lagi anugerah disekolah termasuk Ikon Kokurikulum Sekolah dan Anugerah Khas Seni dan Budaya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top