TERUJA kini bergelar ibu, pelakon Datin Atikah Suhaime sudah mula merancang banyak perkara termasuk perjalanan masa depan hidup anaknya iaitu Mulan Lyla Teh.
Sebagai ibu, Atikah Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, sentiasa mahu berikan yang terbaik buat anaknya namun akur dia harus memberi ruang buat Mulan membuat keputusan sendiri kelak.
“Kalau boleh saya nak kawal hidup dia. Saya nak dia jadi seorang penari balet, saya nak dia kahwin dengan orang kenamaan, masuk sekolah yang terbaik.
Anak Atikah baru berusia dua bulan.
“Tapi akhirnya, saya tahu itu kehidupan dan pilihan dia. Apa yang yang terbaik untuk mengikut kita, tak semestinya terbaik untuk diri dia,” katanya.
Atikah berkongsi perkara itu menerusi temu bual di Borak Pa&MA yang dimuat naik di saluran YouTube.
Menurut Atikah, ibunya juga mempunyai perancangan kehidupan buat dirinya namun perkara itu tidak menjadi seperti apa yang dirancang.
ARTIKEL BERKAITAN:Dua bulan selepas bergelar ibu, Atikah Suhaime baru pertama kali mandikan anak
ARTIKEL BERKAITAN:Lauk asam pedas ikan pari masakan ibu dipertikai, Atikah Suhaime gelar netizen ‘senduk’
“Sebab mama saya pun ada macam-macam rancangan untuk saya. Tapi saya tak kahwin dengan anak raja.
“Dapat kahwin dengan anak Datuk pun okay la. Maksud saya, kita akan rancang macam-macam untuk anak, kita nak yang terbaik untuk dia,” luahnya.
Tambah pelakon ini ada ketika terlalu bimbang dengan kisah anak-anak membenci ibu mereka tanpa sebab yang pasti.
Jelasnya, dia enggan perkara itu berlaku kepada mereka dua beranak.
Keluarga Atikah makin berseri sejak kedatangan Mulan.
“Saya sentiasa berfikir, apa mak dia buat sampai anak marah.
“Saya harap Mulan akan sentiasa sayang saya buat selamanya. Akhirnya saya faham, saya mahu yang terbaik untuk dia. Harap-harap dia tak benci saya bila dia dah besar,” ujarnya.
Untuk rekod Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada Januari 2024.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan pada 8 Mac lalu yang diberi nama Lyla Mulan Teh.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube