RAMAI yang kelam kabutke bank semata-mata mahu menukar duit raya baharu untuk diberikan kepada kanak-kanak.
Seperti yang kita semua maklum, pemberian duit raya merupakan tradisi dan amat digalakkan sempena sambutan Aidilfitri kerana ia satu bentuk sedekah dan kongsi rezeki.
Maka tidak hairanlah ada yang sanggup mengupah atau membayar ‘ejen’ yang menawarkan perkhidmatan tukar duit raya di bank.
Namun bagi seorang wanita, dia mempunyai cara tersendiri untuk mengumpul duit raya tanpa perlu mendapatkan wang kertas baharu.
“Tahu tak macam mana aku bagi duit raya? Aku kumpul setiap RM5 dari tahun lepas. Jumlah yang dikumpul ada sebanyak RM1,180,” katanya.
Kanak-kanak paling teruja menerima duit raya. -Gambar hiasan
Menurut wanita itu, dia bagaimanapun terpaksa menggunakan sebahagian daripada wang simpananduit raya tersebut kerana hal kecemasan.
“Tapi buka sekolah hari tu, sebab sesak, aku dah pakai yang RM1,000 tu untuk anak-anak dan bil. Alhamdulillah, walaupun cuma ada (baki) RM180 duit RM5, cukup!
“Terima kasih Allah selalu jaga aib aku,” ujarnya menerusi perkongsian di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN:Duit tinggal RM106 lepas balik kampung, gaji lambat lagi… Isteri sibuk ‘susun’ rumah sana sini nak pergi beraya
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri harap sangat suami bagi duit raya, rancang mogok kalau tak dapat… Beza dengan wang belanja bulanan
Walaupun kehidupannya bukan mewah seperti keluarga-keluarga lain, dia tetap mahu menggembirakan orang lain dengan berkongsi rezeki.
Jika bagi sesetengah individu duit raya hanyadiberikan kepada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat, diabagaimanapun tidak berkira menghulurkannya kepada orangtak dikenali.
Semoga kita yakin selalu untuk sedekah.
WANITA
“Aku tak mampu, tapi aku suka tengok orang senyum bila aku bagi duit terutamanya kakak cashier (juruwang). Orang cuti raya, dia kena kerja, sayu aku,” jelasnya.
Dalam pada itu, dia turut menjelaskan wang kertas RM5 yang dikumpulkannya sehingga mencecah lebih RM1,000 itu bukanlah duit baharu.
“Bila orang kalut tukar duit (menjelang raya), kita dah ada dah. Tapi duit RM5 kita buruk sikit,” katanya lagi.
Persiapan duit raya untuk diberikan kepada tetamu yang datang ke rumah. -Gambar hiasan
Malah, sebagai suri rumah dia turut berkongsi rahsia membuatsimpanan tanpa perlu meminta daripada suami.
Katanya, wang yang dikumpul itu adalah lebihan daripada perbelanjaan.
“Nak minta dekat suami, dia pun banyak komitmen. Kena pandai-pandai selit, kan,” jelasnya.
Menerusi ruangan komen, tip yang dikongsikannya itu mendapat pujian netizen yang menjadikannya sebagai inspirasi membuat simpanan bukan sahaja untuk dijadikan sebagai duit raya, bahkan digunakan ketika kecemasan.
“Semoga kita yakin selalu untuk sedekah. Sebab walau macam mana pun, janji Allah; sedekah takkan mengurangkan harta, tetaplah ada dugaan dan suara-suara kecil at the back of our mind; yang beratkan hati kita,” kata wanita itu lagi yang menaikkan semangat untuk sentiasa berkongsi rezeki dan bersedekah.