KEGAGALAN ibu bapa memberi perhatian kepada anak-anak boleh menjadi punca kepada masalah sosial dalam kalangan remaja.
Menurut penceramah motivasi, Afiq Syaazwan, seorang remaja perempuan tampil mengaku sudah terlanjur kerana mendakwa sering diabaikan ibu bapanya.
Dalam perkongsian di TikTok, Afiq berkata remaja itu hanya mengenal erti kasih sayang daripada lelaki yang dikenalinya.
Penceramah itu berkongsi kisah remaja berkenaan menerusi TikTok.
“Ada seorang remaja perempuan, selepas saya ceramahdia datang mengadu.Dia kata sudah terlanjur beberapa kali hingga akhirnya ketagih.
“Katanya lagi dia perempuan yang dahagakan kasih sayang, suatu hari tu ada seorang lelaki datang beri kasih sayang,” ujarnya yang disapa ustaz oleh remaja itu.
Menurut Afiq lagi, gadis itu turut mengadu dia diabaikan ibu bapanya sehingga terpasak menumpang kasih dengan orang yang tidak sepatutnya.
Lelaki itu beri kasih sayang yang dia tak dapat dalam rumahnya.
AFIQ SYAAZWAN
PENCERAMAH MOTIVASI
“Dia kata mak ayahnya terlalu sibuk, tak pernah dipuji ayahnya, tak pernah ayahnya ajak bersembang. Mak pun garang, tak sempat cakap dah kena marah. Dia mengaku hilang kasih sayang.
“Akhirnya dia banyak masa dengan orang yang beri kasih sayang kepadanya. Akhirnya dia tewas. Dia menyerahkan segala-galanya kepada lelaki tadi. Lelaki itu beri kasih sayang yang dia tak dapat dalam rumahnya,” ujar Afiq lagi.
Dalam perkongsian video sama, Afiq turut memberi nasihat kepada ibu bapa agar tidak mengabaikan anak-anak.
ARTIKEL BERKAITAN:Terlanjur dengan ‘ex-GF’ dari seberang, lelaki tebus dosa beri ‘nafkah’ bulanan! Bini sendiri diabai, dibiar tak cukup wang
ARTIKEL BERKAITAN:Banyak kali terlanjur, wanita nak nikah enggan lagi buat dosa… Tunang ugut langgan pelacur jika tolak permintaan
Malah katanya, ia bukan kes pertama yang diketahuinya, sekali gus menunjukkan betapa parahnya masalah berkenaan dalam masyarakat hari ini.
“Kalau kita tiada masa, ingat ada lelaki lain yang akan ambil ‘tugas’kita tadi, dengar masalahdan puji dia (anak).
“Akhirnya sesuatu yang buruk berlaku kepada anak kita. Ini bukan kes pertama saya jumpa, kita muhasabah,” ujarnya lagi.
Ibu bapa perlu memantau dengan siapa anak-anak berkawan. -Gambar hiasan
Perkongsian itu turut menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Sebagai ibu bapa memang kena bagi perhatian kepada anak-anak, itu amanah Allah.
“Betul, kadang-kadang punca anak hancur daripada mak ayah,” tulis beberapa individu.