RSS Suria

Ayu Damit nasihat peserta OIAM siap sedia mental hadap netizen, kena jaga penampilan jangan selekeh

JUARA program nyanyian One In A Million (OIAM) musim kedua, Ayu Damit menasihati peserta yang bertanding bagi musim baharu ini supaya bersedia daripada segi fizikal dan mental.

Menurut Ayu atau Norayu Damit, 33, peserta kali ini lebih terdedah dengan liputan meluas di media sosial sekali gus lebih menarik perhatian masyarakat umum.

“Zaman saya bertanding dulu ada juga media sosial tapi tidak sekuat sekarang. Peserta sekarang lebih terdedah dengan liputan luas di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

ayu2 - 1

Ayu menasihatkan peserta OIAM untuk lebih kental berdepan netizen.

“Jadi saya rasa program OIAM musim ini lebih mencabar untuk peserta. Kalau sewaktu saya bertanding hanya go with the flow, kali ini peserta perlu betul-betul kuat kerana sekarang ini ada netizen.

“Waktu minggu pertama bertanding sahaja saya lihat sudah ramai peminat dan netizen yang memberikan komen, jadi peserta perlu kental dengan program realiti ini,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Ayu turut memberikan kata-kata semangat buat peserta OIAM bagi mempersiapkan diri dalam program realiti berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun menanti… Ayu Damit sanggup keluar modal sendiri demi ‘Kejam’

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Damit buat persembahan selepas 3 hari bersalin, suami larang tapi mahu lunas janji

Kata Ayu, selain menjaga mental dan vokal, peserta juga perlu menitikberatkan soal penampilan ketika berada di tempat umum.

“Dalam pertandingan realiti pemilihan lagu itu sangat penting, persiapan mental kena kuat. Jaga suara, jaga rehat.

“Kepada semua peserta buat yang terbaik insya-Allah semuanya berjalan lancar.

Peserta sekarang lebih terdedah dengan liputan luas di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

AYU DAMIT

PENYANYI

“Penampilan pun dah kena jaga, kalau keluar tak boleh tak bersiap. Kalau selekeh memang kena kecamlah, tapi apa pun vokal juga perlu dijaga, penampilan dan vokal persembahan perlu seiring,” ujarnya.

Bercerita tentang OIAM musim empat, Ayu memberitahu dia dapat melihat ada beberapa peserta yang berbakat besar.

Penyanyi lagu Hanya Di Mercu ini bagaimanapun tidak mahu berkongsi lebih lanjut berkenaan peserta pilihannya itu kerana menyifatkan program realiti tersebut baharu sahaja bermula.

“Nak kata peserta kegemaran itu belum ada lagi tetapi saya nampak ada dua atau tiga peserta mempunyai vokal yang kuat.

ayu1 - 1

Ayu melihat peserta OIAM musim keempat mempunyai saingan sengit.

“Untuk top 14 ini saingannya sangat kuat, cuma mungkin terlalu awal untuk saya beri komen. Jadi kita lihat dulu persembahan-persembahan mereka selepas ini,” katanya.

Untuk rekod, Ayu dinobatkan sebagai juara OIAM musim kedua pada 2007.

Selain Ayu, OIAM musim kedua turut menampilkan penyanyi Shila Amzah sebagai Naib Juara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top