RSS Suria

Azhan Rani mahu ‘bunuh’ karakter Ustaz Hamadi, tolak kalau ditawar watak penunggang agama

SINONIM dengan watak Ustaz Hamadi menerusi drama Nur, pelakon Azhan Rani sudah bosan apabila sering ditawarkan karakter ‘penunggang agama’.

Disebabkan itu, Azhan atau Azhan Abdul Rani, 49, akan menolak tawaran tersebut kerana sudah berjanji tidak akan lagi berlakon menjadi seorang ustaz.

“Terus terang cakap, saya bosan dengan watak penunggang agama. Selepas drama Nur, terlalu banyak watak sama diterima hingga saya terpaksa tolak.

NP - 2025-02-11T154836.048

Azhan tolak tawaran berlakon watak ustaz.

“Saya sudah berjanji pada diri sendiri, tak mahu bawa watak ustaz kerana saya tak mahu watak Ustaz Hamadi terus melekat sampai bila-bila,” katanya kepada mStar.

Azhan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Unifi TV Originals Ramadan Raya 2025 di The Boathouse, Ampang, Selangor pada Isnin.

Dalam pada itu, Azhan memberitahu dia sering berharap akan diberikan watak yang dapat ‘membunuh’ watak Ustaz Hamadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kagum bakat pelapis baharu, Azhan Rani tak kekok berlakon teater arahan bekas pelajar – “Sekarang kena ikut kehendak mereka”

ARTIKEL BERKAITAN: Sukar derma darah sebab HB rendah, Azhan Rani berhenti minum teh dan kopi

Malah dedahnya, dia juga pernah menolak tawaran membintangi drama Nur 2 namun akhirnya bersetuju selepas dipujuk dan permintaan ramai.

“Saya tak nak habiskan sisa umur dengan satu watak sahaja. Pada usia yang hampir meniti senja saya nak cuba pelbagai watak tak pernah dibawakan.

“Saya sampai minta pada Shahrulezad untuk cipta karakter baharu, itulah yang lahirnya drama Khunsa dan terbaharu, Seribu Tahun, watak yang semakin lama makin berat dan mencabar.

NP - 2025-02-11T154729.339

Azhan dan Sakinah bergandingan dalam drama Wok.

“Saya okay untuk bawakan watak ustaz tapi bergantung dari sudut ‘angle’. Kalau isu sama dan klise, saya akan tolak, tapi kalau jalan ceritanya berbeza, saya tiada masalah pertimbangkan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Azhan akan muncul dalam drama bersiri berjudul Wok yang akan disiarkan pada bulan Ramadan depan di platform penstriman Unifi TV.

Selain Azhan, pelakon lain yang turut membintangi drama berkenaan ialah, Sharifah Sakinah, Nafiez Zaidi, Lisdawati, Noorkhiriah, Aida Aris dan Nelissa Nizam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top