RSS Suria

Babak ‘panas’ buat penonton berang, Hariz Hamdan dibenci tanda lakonan menjadi 

PELAKON Hariz Hamdan berasa puas apabila dibenci susulan ramai tidak berpuas hati dengan babak memaparkan seakan-akan dia sedang bercium.

Hariz atau Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 22, menjelaskan ia bukti lakonannya berhasil menyentuh emosi penonton walaupun terpaksa menanggung kecaman netizen.

Bagaimanapun dia mengambil positif terhadap setiap kritikan membina diberikan kepadanya kerana ia dapat membantu memperbaiki mutu lakonan selepas ini.

hariz1 - 1

Hariz mahu berikan yang terbaik dalam setiap watak yang dibawa.

“Memang ramai kecam tapi saya ambil secara positif sebab apabila ada tak puas hati dengan watak jahat yang saya lakonkan maksudnya saya berjaya hidupkan watak itu dengan baik.

“Saya rasa puas orang kecam dan benci saya kerana watak tersebut. Ia juga bermakna lakonan saya berhasil menyentuh emosi penonton,” katanya kepada mStar.

Menerusi drama berkenaan, Hariz memegang watak sebagai Farouq iaitu seorang lelaki kaki perempuan yang menimbulkan pelbagai masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekarang masa cari duit, Hariz Hamdan tak terfikir nak bercinta di usia muda

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan wajah dilabel ‘pewaris Megah Holding’, Hariz Hamdan mahu bawa pelbagai watak lakonan

Watak tersebut menjadi bualan hangat penonton apabila tular babak Hariz seakan-akan sedang bercumbu dengan pelakon wanita yang dianggap sebagai keterlaluan.

Dalam pada itu, Hariz tidak kisah sekiranya perlu melakonkan babak panas demi menjayakan karakter yang diberikan kepadanya selepas ini.

Katanya, jika elemen ‘mengundang’ dapat menguatkan lagi watak dia tidak mempunyai masalah mengikut kehendak skrip dan pengarah.

“Kalau dah pegang watak playboy, sudah tentu ada babak-babak ‘mengundang’ dan ‘panas’ dengan perempuan.

hariz2 - 1

Hariz (kanan) bergandingan bersama Hisyam dan Amyra dalam Bunga Salju.

“Saya tak kisah melakonkan babak seperti itu juga ia dapat membuatkan karakter saya lebih hidup,” ujarnya.

Selain Hariz, drama Bunga Salju turut dibintangi oleh pelakon popular termasuk Hisyam Hamid dan Amyra Rosli.

Bunga Salju disiarkan menerusi saluran Astro Ria pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top