RSS Suria

Baca WhatsApp isteri dengan BFF, suami ‘sentap’ anggap buka aib famili – “Luah dekat dia mesti akan bergaduh”

SETIAP pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan hasrat untuk hidup berdikari dalam membina keluarga bahagia.

Namun, bukan semua pasangan mendapat kesempatan itu kerana ada yang perlu tinggal bersamamentua.

Seorang isteri mengakui penat apabila mentua danadik ipartinggal bersama dengannya sejak beberapa tahun lalu.

Hubungan suami isteri jadi renggang apabila ada campur tangan orang luar. -Gambar hiasan

Hubungan suami isteri boleh renggang apabila ada campur tangan orang luar. -Gambar hiasan

Katanya, jika diluahkan kepada suami pasti mereka berdua akan bergaduh dan kemudian saling bermasam muka.

“Minggu lepas suami aku baca WhatsApp aku dekat kawan perempuan pasal aku tak selesa duduk dengan mentua.

“Aku tak sangka pun dia akan baca WhatsApp aku, kemudian seminggu dia tak nak bercakap dengan aku,” kongsinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:Ingat ya! Pasangan berkahwin perlu elak tinggal bersama mentua, boleh rosak rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu, bapa mentua dan adik ipar pindah tinggal sebumbung… ‘Bolot’ ruang tamu, setiap hari nak makan makanan mahal

Tambah wanita itu, dia ada bertanya kepada suaminya mengenai sebab diamendiamkan diri.

“Dia tak puas hati sebab aku cerita aib dia dan keluarga dia. Salah ke aku nak luah perasaan aku dekat kawan baik aku?

“Aku cuma luah pasal aku tak selesa duduk dengan mentua je sebab kalau luah dekat dia mesti akan bergaduh,” katanya.

Tak puas hati apa-apa patut luah pada suami dulu, bukan orang luar.

NETIZEN

Wanita itu berkata, dia tidak faham kenapa suaminya mendakwa perakar ini adalah ‘aib’ sedangkan dia hanya meluahkan perasaan.

“Tak faham bahagian mana yang aib. Dia siap cakap ibarat aku curang sebab cerita dekat kawan perempuan. Aku tak boleh fikir lelaki macam ni nak samakan dengancurang.

“Aku cuba nak berbaik tapi dia tak nak dan tetap salahkan aku. Dia siap cakap kalau tak bahagia, cerai je la.

“Aku cuma tak selesa tinggal dengan mentua, tetiba nak putar belit cakap aku tak bahagia,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Perkongsian itu bagaimanapun mendapat kecaman netizen yang menyalahkan wanita berkenaan.

“Mentua tu macam mak ayah kandung kita, hubungan tak putus sampai mati.

“Tak puas hati apa-apa patut luah pada suami dulu, bukan orang luar.

“Salahlah kak patutnya bincang dulu dengan suami,” kata warga maya.

Scroll to Top