RAMAI percaya bahawa keyakinan diri dapat mempengaruhi penampilan seseorang.
Tanggapan itu membuatkan ada yang berani menggayakan apa sahaja fesyen atau rekaan tanpa menghiraukan kesesuaiannya dengan bentuk tubuh.
Situasi ini turut melibatkan sebahagian wanita yang berbadan besar masa kini.
Senaman penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan. -Gambar hiasan
Malah dengan keyakinan tinggi itu, mereka tanpa rasa segan silu dilihat menonjolkan ‘aset’ masing-masing seperti mana dibangkitkan oleh pengguna media sosial ini.
“Bukan nak memalukan, tapi macam mana perempuan yang berbadan besar atau pun ada ‘breast’ besar boleh yakin pakai baju ketat dan tudung singkat?
“Nak tegur tapi…" ujarnya menerusi hantaran di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tegur ramai bersukan tak jaga aurat! Apa guna bertudung tapi pakaian ketat, dakwa ramai tak solat Subuh acara mula 5 pagi
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita XL dah tak teruja pakai baju baharu! Rakan pejabat ‘saiz S’ tiru beli sama sebiji, nampak lebih cantik
Hairan dengan apa yang berlaku, dia mengakui berasa kurang selesa apabila terpaksa berdepan dengan mereka yang berpakaian seperti itu.
Dia seolah-olah menyifatkan pakaian ketat yang mengikut bentuk tubuh mana-mana individu gempal sebagai mencolok mata.
Membandingkan corak pemakaian diri sendiri, ujar wanita ini, dia lebih selesa menggayakan baju longgar meskipun dirinya bersaiz kecil dan kurus.
Saya pun selalu jumpa macam tu, bukan nak malukan tapi sumpah tak cantik sebenarnya… kadang-kadang terfikir macam mana dia boleh yakin pakai macam tu.
WARGA MAYA
“Sumpah cakap aku yang kurus keding tak ada isi ni pun sedaya upaya nak sorok dada ni.
“Baju ketat? Lambat lagi… paling tak boleh diterima akal apabila ada yang pakai inner sahaja.
“Aku doakan yang baik-baik tapi kalau boleh tak mahu pakai begitu… kita yang sama-sama perempuan pun terkejut tengok,” katanya lagi.
Warga maya turut bersetuju dengan pandangannya.
Hantaran yang dibuatnya itu membuatkan warga maya tampil dengan reaksi pelbagai.
Ramai yang bersetuju dengannya dan berharap wanita gempal mahupun mereka yang gemar berpakaian ketat untuk menukar gaya.
“Saya pun selalu jumpa macam tu, bukan nak malukan tapi sumpah tak cantik sebenarnya… kadang-kadang terfikir macam mana dia boleh yakin pakai macam tu.
“Baru jumpa seorang yang beratur sambil menonggeng kat depan troli aku, dia pakai seluar bootcut jenis jersi. Baju pula paras pinggang.
“Jika diberi kesempatan untuk reduction, saya nak sangat sebab susah nak cari baju yang sesuai dan sakit belakang. Tak tahu kenapa orang sekarang nak besar.
“Mungkin dia rasa cantik dan keyakinan tinggi melampau, apa pun, kita doakan yang baik-baik saja,” demikian antara reaksi warga maya.