RSS Suria

Badan pelakon gandingan berbau, Harissa Adlynn terpaksa tahan nafas di set penggambaran

PELAKON Harissa Adlynn pernah berdepan dengan rakan gandingan yang mempunyai bau badan sehingga membuatkan dirinya tidak selesa di set penggambaran.

Harissa atau Harissa Adlynn Abdul Halim, 22, berkata, setiap pelakon perlu mengambil tanggungjawab untuk menjaga kebersihan diri supaya tidak menimbulkan rasa kurang senang kepada orang lain.

“Saya ada pengalaman berjumpa dengan ramai orang yang tidak menjaga kebersihan diri. Saya tidak akan kongsikan siapa individu terbabit.

Harissa tidak sampai hati menegur secara terang-terangan.

“Bagi saya, penting untuk jaga kebersihan diri kerana bila kita berlakon dengan orang lain, kadang-kadang posisi kita perlu dekat. Jadi kalau bau orang (pelakon) itu tidak menyenangkan, kita pasti tidak selesa.

“Setiap orang perlu menjaga diri sendiri, ia juga sebahagian daripada tanggungjawab terhadap rakan kerja anda yang lain,” katanya kepada mStar.

Menurut Harissa, disebabkan masalah bau badan itu dia terpaksa menahan nafas sepanjang melakonkan babak bersama individu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang nama keluarga tercemar, Harissa Adlynn tolak tawaran buat gimik murahan

ARTIKEL BERKAITAN: Harissa Adlynn derma baju terpakai, tak suka ulang pakaian sama takut orang perasan

Kata Harissa, dia tidak sampai hati untuk menegur namun sering kali berbicara tentang topik minyak wangi dengan niat mahu memberi bayangan kepada pelakon berkenaan.

“Saya terpaksa tahan nafaslah. Ada yang suruh saya tegur atau nasihat, tetapi saya akan berkias supaya individu terbabit tidak berkecil hati.

“Saya mungkin akan cakap fasal bau-bauan minyak wangi untuk beri ‘hint’, tapi kalau dia tak faham juga tak tahulah.

“Bau badan, bau mulut dan semuanya haruslah dijaga supaya orang lain selesa untuk bekerjasama,” ujarnya.

Harissa bagaimanapun menegaskan faktor bau badan bukan disebabkan oleh pekerjaan tetapi sikap individu itu sendiri dalam memetingkan penjagaan kebersihan diri.

Harissa pernah berdepan dengan rakan lakon yang mempunyai masalah bau badan.

“Tak kisahlah anda bekerja sebagai pelakon atau apa sahaja, tolonglah jaga kebersihan diri kerana orang lain boleh bau badan kita cuma ada kalanya mereka tidak berterus terang.

“Kadang-kadang kita bekerja di luar tengah panas, sudah tentulah berpeluh. Bahagian ketiak pun berpeluh dan carilah ‘deodorant’ yang boleh tahan lama. Kalau penggambaran di dalam rumah, bila berpeluh pergilah mandi bersihkan diri.

“Bagi saya, pekerjaan anda bukan alasan untuk membuatkan anda berbau kurang enak. Saya pernah sahaja berjumpa dengan orang yang kerja berat menggunakan kekuatan fizikal tetapi tiada bau badan” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top