RSS Suria

Badan sejuk panas mendadak, rakan akhirnya buka cerita diganggu pocong di Jalan Kebun

TULAR satu rakaman menunjukkan seorang lelaki cemas ternampak kelibat menyerupai pocong berdiri berhampiran tiang lampu di Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor.

Rakaman tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen sebaik sahaja ia dikongsi, yang mana ketika kejadian lelaki itu sedang dalam perjalanan ke rumah kawannya.

Menurut Fadz, individu yang berkongsi video berkenaan, kejadian itu dirakam oleh rakannya pada Sabtu malam dan dihantar kepadanya melalui WhatsApp pada Ahad.

“Lebih kurang pukul 12 malam tadi (Ahad), kawan minta tolong datang ke rumah di Shah Alam sebab badan dia tak sihat. Sampai saja rumah, dia suruh urut badan dekat ruang tamu.

Tangkap layar perkongsian video dimuat naik Fadz di media sosial.

“Masa saya pegang badan dia… sejuk sangat. Tapi masa saya urut, tiba-tiba badan dia bertukar jadi rasa panas,” katanya ketika dihubungi mStar.

Terkejut dengan perubahan suhu badan yang mendadak, Fadz terus bertanya rakannya apa sebenarnya telah terjadi.

Menurut rakan Fadz, dia menaiki motosikal seorang diri melalui laluan Jalan Kebun menuju ke sebuah kawasan kampung dikenali sebagai Kampung Lombong di Shah Alam.

Namun aplikasi Waze yang digunakan secara tiba-tiba membawanya ke satu lokasi sunyi serta gelap dan di situlah dia terlihat kelibat pocong berdiri di tepi jalan.

ARTIKEL BERKAITAN:‘Housemate’ harum semerbak, siap tidur sekatil rupanya pocong! Ramai nampak gadis cakap ‘sorang-sorang’

ARTIKEL BERKAITAN:Tragis! Guru tular ‘serumah’ dengan pocong dikhabarkan meninggal dunia – “Dia sakit awak… tak tidur, tak makan berhari-hari”

“Dia kata pocong tu bukan saja berdiri, tapi kepala dia macam terangguk-angguk… betul-betul depan tiang lampu,” jelas Fadz lagi.

Dalam video berkenaan, jelas kelihatan rakan Fadz menuding jari ke arah entiti didakwa pocong sambil berada di atas motosikal.

“Dia (pocong) ada lagi dekat situ. Aku naik motor pun ‘kau’ kacau juga,” ujar rakan Fadz dalam video.

Apa yang mengelirukan menurut rakan Fadz, pin lokasi yang dihantar kepadanya ketika itu membawanya terus ke kawasan pocong itu berada.

“Bila call, kawan dia kata rumahnya jauh lagi kat depan. Jadi dia cuba beranikan diri teruskan juga perjalanan.

Saya rasa… mungkin ada yang ‘tumpang’ motor dia malam tu.

FADZ

“Tapi masa sampai rumah kawan tu, dia langsung tak ada cerita pasal pocong tadi. Dia buat macam biasa saja… mungkin tak nak kecoh,” katanya.

Fadz turut memaklumkan bahawa rakaman itu agak kabur kerana dirakam dari jauh memandangkan rakannya tidak berani mendekati entiti tersebut.

“Lepas terserempak entiti tu tiba-tiba hilang macam tu je. Jadi kawan saya terus bergerak (lintas kawasan pocong) ke depan dan pergi rumah kawan dia.

“Saya rasa… mungkin ada yang ‘tumpang’ motor dia malam tu,” ujarnya dengan nada sedikit ragu-ragu.

Kejadian ini berlaku tidak lama selepas satu lagi kisah mistik yang dikatakan berlaku di kawasan Jalan Kebun.

Tangkap layar perbualan Fadz dan rakannya.

Pada 20 Mei lalu, tular kisah seorang wanita dikenali sebagai Cikgu Nina yang dikatakan pernah tinggal serumah dengan pocong ketika menyewa di lokasi sama.

Kisah itu dikongsikan melalui sebuah video oleh TikToker, Nisa Khainis, selepas mendapat keizinan dan pengesahan daripada salah seorang rakan serumah wanita tersebut.

Menurut Nisa, wanita berkenaan sebelum ini sedang menjalani proses pemulihan, namun menerima khabar duka mengenai pemergiannya selepas sebulan menderita berikutan kejadian itu.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan adakah dua kisah pocong ini benar dan mempunyai hubung kait atau tidak.

Namun begitu, ada netizen mengakui bahawa gangguan di kawasan Jalan Kebun bukanlah sesuatu yang asing lagi.

Scroll to Top