SEBAGAI isteri perasaan pelakon Siti Elizad terluka apabila suaminya dikutuk gagal memberi kemewahan kepadanya.
Elizad atau Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 41, berkata, apa dilakukan suaminya sudah cukup istimewa di matanya dan orang luar tidak patut menghakimi rumah tangga mereka.
“Berhenti cakap buruk tentang suami saya!
Elizad anggap suami lelaki luar biasa.
“Terlihat biasa di mata awak (netizen). Tapi dia sangat luar biasa untuk saya.
“Kami akan cipta memori bersama dan menunggang motosikal bersama-sama selamanya,” katanya.
Elizad meluahkan perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada petang Ahad.
Tidak perlukan kemewahan untuk rasa bahagia, Elizad bersyukur dengan setiap pemberian suami iaitu iaitu Shamsul Baharin Abdul Rahman.
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Elizad terasa hati tetamu datang raya tegur masakan, siap komen deko rumah serba tak kena
ARTIKEL BERKAITAN:10 tahun Siti Elizad kumpul barang bayi, reda siap dah ‘survey’ rumah orang tua
Tambah pelakon itu, kehidupan seseorang manusia itu bukanlah untuk dibanding-bandingkan, sebaliknya perjalanan bersama pasangan.
“Apa suami sediakan, saya sudah cukup bahagia. Teratak kecil kami, makan dekat hentian rehat, tidur di hotel RM80.
“Pergi konvoi motosikal, naik tongkang bersama itu pun sudah buat saya bersyukur.
Luahan Elizad di Instastory.
“Hidup kami tak berlumba dengan orang lain sebab hidup ini bukanlah suatu pertandingan tapi perjalanan.
“Perjalanan yang indah setiap masa bersama suami tercinta,” jelasnya.
Untuk rekod, Elizad dan Shamsul mendirikan rumah tangga pada Januari 2015.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube