RSS Suria

“Baju pun tak cukup kain!” – Dua wanita sempurna sifat ditegur melulu masuk lif, tak hormat hak ibu bapa bawa ’stroller’

SIKAP pentingkan diri ketika menggunakan kemudahan lif terutamanya dengan menafikan hak golongan memerlukan seperti individu kurang upaya, warga emas, wanita hamil serta mereka yang berkeluarga bersama anak kecil bukan perkara baharu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan golongan paling lantang menuntut hak ini di media sosial adalah dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Terbaru, seorang ibu meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pengunjung sebuah pusat beli-belah yang didakwa tidak berhemah menggunakan kemudahan lif.

Golongan ibu bapa selesa menggunakan lif kerana perlu menolak anak dalam kereta sorong bayi. -Gambar hiasanGolongan ibu bapa selesa menggunakan lif kerana perlu menolak anak dalam kereta sorong bayi. -Gambar hiasan

“Suami aku sound dua perempuan yang baju pun tak cukup kain, terus masuk lif walaupun dah nampak lif tu penuh.

“Bukan dua perempuan tu saja, mereka yang sihat-sihat dalam tu pun suami aku tegur, tak ada common sense langsung,” katanya di media sosial.

Tambah wanita itu, dia amat kecewa dengan sikap pengguna lif kerana tidak memikirkan keperluan keluarga yang membawa kereta sorong bayi dan warga emas.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaga adab, jangan terkinja-kinja! Ini sebab kenapa perlu beretika ketika menaiki lif

ARTIKEL BERKAITAN: Penghantar makanan panik dalam lif, butang ke tingkat 10 hilang! Pelik masuk flat hanya boleh akses ke lantai ganjil

"Sepanjang dalam tu, lif dipenuhi dengan orang yang ‘tangan kosong’. Banyak kali lif buka dan tutup, tapi susah nak masuk sebab semua nak berebut.

“Apabila kami nak tolak stroller masuk, ada pula perempuan terus serbu masuk," katanya mengimbas insiden dihadapinya.

Wanita itu juga berkata walaupun biasanya mereka lebih gemar menggunakan eskalator, namun kali ini memilih lif kerana ingin cepat dan terus ke pintu keluar.

Saya rela guna eskalator, kalau terpaksa sangat baru naik lif.

NETIZEN

"Kadang eskalator pun satu hal, kalau jenis yang ada palang nak angkat stroller pun susah. Kalau tak ada palang okey lagi.

“Pernah dulu kat satu mall, orang tegur kenapa guna eskalator sebab bahaya untuk orang belakang, tapi nak buat macam mana, lif pun penuh," jelasnya.

Dia berharap agar pengunjung pusat beli-belah lebih peka dan bertimbang rasa terutama ketika menggunakan kemudahan awam seperti lif, demi keselesaan bersama.

Reaksi netizenReaksi netizen

Bagi netizen, mereka mengakui ramai individu terutama golongan muda dan bujang tidak peka dengan keadaan sekeliling.

“Setuju, saya cukup malas kalau pergi ke mall di hujung minggu sebab pengunjung ramai tiada common sense. Tunggu lif punya lama, rasa nak menangis.

“Sebab tu saya rela guna eskalator, kalau terpaksa sangat baru naik lif.

“Pelik betul, muda sihat masih berebut naik lif dengan orang memerlukan. Kalau saya dah naik segan,” kata sebilangan warga maya.

Scroll to Top