PELAKON Elisya Sandha tidak merancang untuk berehat lama selepas bersalin anak kedua yang dijangka pada penghujung Mei depan.
Rindu mahu kembali berlakon, Elisya atau Nur Elisya Sandha Hassan, 26, dia sedia untuk memberi fokus kepada kerjaya lakonan selepas tamat tempoh berpantang.
“Saya pun sudah mendapatkan izin suami, selepas habis berpantang mahu sambung kerja dan fokus pada kerjaya. Tak rancang untuk berehat lama.
Elisya dan suami hitung hari menanti kelahiran anak kedua.
“Saya rindu hendak berlakon semula, rindu untuk ke set penggambaran dan membawakan watak dalam lakonan,” katanya.
Elisya berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis gender reveal yang berlangsung di Genting Highlands, Pahang pada Sabtu.
Pelakon itu bakal menimang cahaya mata lelaki.
ARTIKEL BERKAITAN:Elisya Sandha bakal timang anak lelaki, belum buat sebarang persiapan
ARTIKEL BERKAITAN:Elisya Sandha umum hamil anak kedua, peminat sebak tonton video kejutan
Sedar akan kesibukan terhadap dunia lakonan, Elisya dan suaminya Uzair Haqimy sudah membuat persiapan rapi dalam hal pengurusan anak.
“Sejak anak pertama lahir kami sudah tahu bagaimana untuk uruskan waktu kerja dan di rumah.
“Kami juga tidak mahu biasakan bawa anak ke tempat kerja. Biarlah anak-anak membesar di rumah dan mereka tahu berdikari,” jelasnya.
Nama bayi nanti kami kena bincang dulu.
ELISYA SANDHA
PELAKON
Berkongsi kegembiraan bakal menyambut kelahiran anak lelaki, Uzair memberitahu dia akan membawa Elisya mengerjakan umrah sebagai tanda penghargaan buat isteri.
Pasangan ini juga sudah memikirkan nama anak mereka namun belum membuat keputusan akhir.
“Nama bayi nanti kami kena bincang dengan keluarga dahulu,” jawabnya ringkas.
Elisya tidak mahu rehat terlalu lama selepas bersalin.
Untuk rekod Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021.
Mereka juga dikurniakan anak perempuan iaitu Bunga Elhaq yang kini berusia 3 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!