PELAKON Pablo Amirul tidak melihat kekasihnya iaitu Dr Hana Rose tidak pandai memasak sebagai satu masalah besar.
Pablo atau Amirul Hisyam Mohd Sakri, 40, sebaliknya bersedia memikul semua tanggungjawab termasuk menguruskan rumah tangga apabila mereka berkahwin kelak.
Sebaliknya, Pablo meminta Dr Hana memberikan fokus pada kariernya sebagai doktor estetik.
Pablo terima kelebihan dan kekurangan Dr Hana seadanya.
“Tiada masalah jika awak tak pandai masak atau buat kerja rumah sebab saya boleh lakukannya.
“Saya tetap sayang awak dan akan lakukan apa sahaja untuk wanita yang saya cintai.
“Fokus sahaja pada karier, jangan fikir banyak, biar Allah tentukan rezeki dan #roadtohalalandjannah,” tulisnya.
Pablo berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN:Hubungan dengan doktor estetik dapat restu, Pablo Amirul rancang kahwin malas bercinta lama-lama
ARTIKEL BERKAITAN:Pablo Amirul hampa misi larian gagal capai sasaran, tapi ada hikmah dapat dekatkan diri kepada Allah
Bagi membuktikan cinta terhadap teman wanitanya, pelakon filem Air Force itu turut memenuhi permintaan Dr Hana yang mahu merasa air tangan Pablo.
Tidak menolak permintaan itu, Pablo memasak menu ayam masak kicap buat Dr Hana.
“Dr Hana kata dia teringin nak rasa masakan air tangan saya.
“Jadi dia minta saya masakan ayam masak kicap,” ujarnya.
Pablo masakkan lauk ayam masak kicap buat Dr Hana.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap perbuatan Pablo itu sebagai romantis dan berharap hubungan mereka berakhir ke jenjang pelamin.
Sebelum ini, Pablo memberitahu hubungan dia bersama Dr Hana sudah mendapat restu keluarga.
Enggan membuang masa terlalu lama bercinta, mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga apabila tiba waktu sesuai.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube