RSS Suria

Bakal pengantin ‘perang’ besar di hospital, mengamuk tengok keputusan ujian saringan… Terkejut teman lelaki positif HIV!

KEHADIRAN orang ketiga, masalah kewangan serta tiada persefahaman sering menjadi punca putusnya hubungan percintaan.

Namun, tular pula kisah pasangan kekasih yang membatalkan hasrat mereka untuk bernikah gara-gara bakal pengantin lelaki yang didakwa menghidap HIV.

Kisah itu meraih perhatian ramai selepas ia dikongsi seorang wanita di Facebook yang mendakwa bekerja di sebuah hospital.

Seks bebas merupakan salah satu punca penularan HIV. -Gambar hiasan

“Hati-hati dengan seks bebas ni. Kat hospital aku, budak lagi umur 22 tahun dah positif HIV. Nak kahwin, datang dengan bakal bini buat saringan.

“Bakal bini perang besar kat hospital masa tu,” tulis individu berkenaan.

Dakwa wanita itu lagi, ramai lelaki muda disahkan positif HIV namun dilihat tidak menyesal kerana masih dapat menjalani kehidupan dengan sihat.

Semua pesakitHIV tak ada penyesalansebab masih sihat dan kuat.

WANITA FACEBOOK

“Tahun ini sahaja dah 17 kes baharu positif HIV (melibatkan) budak-budak muda berkerjaya ni. Bangga ke tanggung sakit tu sampai mati?

“Semua lari. Tak sudi nak bela, nak jaga, apatah lagi nak kahwin. Semua tak ada penyesalan langsung sebab masih sihat dan kuat.

ARTIKEL BERKAITAN:Waris pesakit HIV menyesal lambat bertindak, biar arwah terjun kancah homoseksual! – “Kita semua pendosa, bencilah dosanya”

ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki lembut kerap sakit, marah doktor suruh buat ujian HIV… Keputusan ‘positif’ baru nak cerita kisah gelap dengan housemate

“Kebanyakan orang kita tak ada kesedaran sebab tak tengok sendiri kat hospital betapa ramainya pesakit HIV terlantar. Bukan sebab dadah tapi seks bebas,” dakwanya lagi.

Kenyataan wanita itu dibuat menerusi ruangan komen di Facebook selepas ia disebarkan dan tular ke laman X.

Kenyataan wanita itu turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Kisah mengenai golongan bernafsu songsang yang dijangkiti HIV kerap menjadi bualan di media sosial. -Gambar hiasan

“Betul cakap akak ni. Tahap kesedaran tentang HIV kat Malaysia masih rendah ya.

“Ada baca kat TikTok. Dia cakap sekarang kan HIV ada ubat, jadi dia terus buat seks bebas.

“Hidup seronok sangat buat dosa, tubalasan dekat dunia. Belum dekat akhirat lagi,” tulis netizen.

Scroll to Top