LELAKI yang mempunyai personaliti lembut sering kali diejek hingga ada yang menyamakan golongan itu sebagai mak nyah atau pondan.
Dek kerana itu ada sebilangan kaum lelaki cuba mengelak melakukan kerja yang sering kali berkait rapat dengan perempuan kerana tidak mahu digelar lelaki lembut.
Perkara itu diakui seorang pemuda berusia 29 tahun apabila dia digelar pondan kerana rajin membuat kerja rumah.
Lelaki yang pandai memasak banyak memudahkan tugas ibu atau isterinya. Gambar hiasan
“Saya dilabel pondan kerana suka memasak, basuh baju, lipat kain, cuci pinggan, menjahit, menyapu rumah dan mop lantai,” kongsinya di media sosial.
Tambah lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak itu, dia beranggapan mungkin disebabkan tidak menggemari perkara yang dilakukan kaum Adam lain menjadi punca dilabel sedemikian.
“Mungkin juga sebab saya suka K-pop dan minat kumpulan artis lelaki.
“Saya tak minat bola sepak atau apa sahaja sukan. Selain tidak minat main game, tak pandai bertukang dan tak suka buat aktiviti lasak,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel pondan antara sebab lelaki malas belajar masak… 4 manfaat ini mungkin boleh ubah persepsi anda
ARTIKEL BERKAITAN: Balik dari pejabat, jurutera buat semua kerja rumah sebab isteri asyik nak ‘me time’… Dah ajak bincang, usaha cuma sia-sia
Namun dalam masa sama dia hairan adakah menjadi satu kesalahan kerana mempunyai minat dan kecenderungan sedemikian.
“Apa salahnya aku pandai buat kerja orang perempuan? Bab kerja rumah… dah mak aku memang ajar daripada kecil untuk buat benda tu semua.
“Mak aku kata nanti senang kalau duduk sendiri, semua boleh buat sendiri agar penampilan tu tak selekeh,” katanya.
Mak awak adalah ibu terbaik sebab didik anak lelaki dia sebagus ini… lantak la orang kata apa.
NETIZEN
Luahan lelaki itu bagaimanapun disambut mesra warga maya yang rata-ratanya mengagumi sikap ringan tulangnya.
Ujar mereka tidak menjadi kesalahan jika dia pandai membuat kerja rumah kerana ia dapat membantu meringankan beban ibu bapa serta isteri.
“Aik… siapa kata abang pondan tu? Aku rasa normal la kalau pandai buat kerja rumah.
Reaksi netizen.
“Kalau ikut dalam Islam kerja rumah ni lelaki kena buat tapi ramai panas punggung tak mahu terima.
“Mak awak adalah ibu terbaik sebab didik anak lelaki dia sebagus ini. Lantak la orang kata apa.
“Entah-entah mereka pun tak pandai nak buat kerja rumah dan ada pemikiran kolot yang semua kerja rumah perempuan kena buat
“Yang panggil awak pondan tu, cuci seluar dalam sendiri pun mereka tak reti… pada akak ni semua kemahiran hidup,” kata netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube