RSS Suria

Bapa nasihat anak lelaki tak perlu cari isteri jelita, teman wanita duduk di sebelah terus kecil hati – “Maksudnya saya tak cantik?”

SEORANG wanita berkongsi perasaan sedih dan keliru selepas pertama kali bertemu dengan keluarga teman lelakinya.

Ketika mereka bersua muka, bapa kepada lelaki tersebut memberikan nasihat yang membuatkan wanita itu berasa tersinggung, walaupun mungkin ia tidak disengajakan.

Perasaan itu mungkin hadir apabila dia tanpa sengaja cuba membanding diri sendiri dengan bekas isteri kepada teman lelakinya itu.

Perkahwinan yang mendapat restu ibu bapa akan lebih diberkati. -Gambar hiasanPerkahwinan yang mendapat restu ibu bapa akan lebih diberkati. -Gambar hiasan

“Ayah dia cakap kepada anak dia begini… tak perlu cari yang cantik janji dapat terima kau seadanya. Daripada apa yang saya faham, maksudnya saya ni tak cantik.

“Saya terus tertanya-tanya, cantikkah bekas isteri dia dulu?,” luah wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak korek rahsia siapa kekasih baharu bekas suami, wanita sanggup dera anak… Keluarga pun sama naik!

ARTIKEL BERKAITAN: Pakwe bukan kerja gomen, bapa suruh putus! Wanita buntu buat pilihan… Keluarga sendiri toksik, famili bakal mentua harmoni

Tambah wanita itu, kekasihnya yang berusia 12 tahun lebih tua daripadanya pula tidak menunjukkan sebarang reaksi selepas bapanya berkata demikian.

“Memang sentap tapi teman lelaki saya relaks je, macam tak rasa apa-apa. Saya hanya mampu tersengih,” katanya lagi.

Wanita itu juga meluahkan kebimbangannya jika dia dibandingkan dengan bekas isteri lelaki tersebut oleh keluarga mentua kelak.

Maksud bapa dia cari orang yang hati baik tu lebih penting.

NETIZEN

“Orang luar tak nampak saya cantik tak apa, tapi keluarga terdekat, terutama bakal mentua… risau nanti dibanding-bandingkan pula.

“Mungkin ada yang akan kata… ex-wife dulu lagi cantik. Saya tak sanggup dengar semua tu. Mungkin saya kebudak-budakkan, tapi itulah realiti perasaan saya,” katanya.

Selain itu, katanya walaupun mereka tidak banyak berbicara mengenai masa lalu, kekasihnya pernah menyebut sering menghadapi masalah kewangan ketika bersama bekas isteri.

“Dia ada sebut, masa dengan bekas isteri, duit selalu tak cukup. Mungkin dia nak cakap bekas isteri high maintenance. Tapi itu pun cuma andaian saya,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Sementara itu, netizen berpandangan wanita itu tidak seharusnya berkecil hati dengan kenyataan bapa teman lelakinya.

“Saya sebagai lelaki faham, dia maksudkan awak cantik. Mungkin ex anak dia dulu pun cantik. Dia takut sejarah berulang.

“Maksud bapa dia cari orang yang hati baik tu lebih penting. Mana tau ex dia lawa tapi hati busuk,” kata sebahagian warga maya.

Scroll to Top