RSS Suria

Bapa pelajar rayu beras, tiada wang sebab berhenti kerja jaga ibu sakit… Guru lega bantuan ‘laju’ masuk lepas buat hebahan

REALITI kehidupan rakyat Malaysia hari ini penuh dengan cabaran dan tekanan.

Ada dalam kalangan golongan berpendapatan rendah terpaksa ikat perut dan mengurangkan perbelanjaan harian sehingga barangan keperluan asas seperti makanan pun tidak mampu dibeli.

Demikian kisah menyentuh hati diceritakan seorang guru, yang mana keluarga pelajarnya sedang bergelut untuk hidup sehingga akhirnya terpaksa meminta bantuan.

Menerusi satu hantaran di laman sosial, guru berkenaan berkongsi mesej yang diterima daripada bapa pelajarnya, bertanyakan sama ada pihak sekolah masih menyediakan bantuan keperluan asas kepada pelajar miskin.

Tangkap layar (screenshot) mesej bapa pelajar berkenaan (kiri) dan paparan transaksi sumbangan ramai.

“Assalamualaikum cikgu, maaf mengganggu. Nak tanya, dekat sekolah tak ada bagi bantuan beras lagi ya? Minta maaf cikgu, jika ada, boleh ke selitkan untuk F**** (nama anak)

“Saya betul-betul buntu sekarang ni, tak ada tempat bergantung dan tak ada siapa boleh tolong kami sekeluarga. Beras di rumah dah dua hari habis cikgu, semua tak ada,” demikian mesej yang dikirimkan kepada guru tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar IPT miskin kutip makanan tong sampah, siap kumpul buat jamuan… Perut kebal, tak sakit sebab dah terbiasa

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar IPTA berlapar, terdesak rayu sumbangan beli makanan di Facebook… Siap kongsi data kad matrik elak dituduh scammer

Menurut pengirim mesej itu lagi, dia kini menghadapi kekangan kewangan kerana terpaksa berhenti kerja buat sementara waktu demi menjaga ibunya yang baru menjalani pembedahan.

“Mak saya sampai sekarang masih kena ‘dressing’. Saya hanya mampu ‘dressing’ sendiri di rumah menggunakan peralatan yang ada saja sebab mak saya sukar bergerak, mudah pitam.

“Mak saya hanya terbaring saja dan pakai lampin pakai buang.

“Saya betul-betul memerlukan. Tiada siapa dapat membantu saya ketika ini. Baik kawan dan juga saudara,” tulisnya lagi.

Kalau cikgu ‘open’ untuk ‘donation’ mesti ramai boleh bantu sikit-sikit.

NETIZEN

Tersentuh dengan situasi sukar yang sedang dihadapi, guru tersebut membuat hebahan kepada rakan-rakan setugas lain dan tanpa disangka, ramai tampil menghulurkan sumbangan.

“Ajak cikgu-cikgu lain kongsi rezeki. Alhamdulillah, laju je masuk (bantuan).

“Esok ada ziarah cakna untuk berikan sumbangan barang keperluan dan wang tunai,” tulis guru itu lagi.

Netizen meluahkan hasrat untuk membantu keluarga pelajar berkenaan.

Menjengah ruangan komen, warga maya bukan sahaja menzahirkan simpati, malah ramai menyuarakan hasrat untuk sama-sama berkongsi rezeki dengan pelajar berkenaan.

“Macam mana nak sumbang ye cikgu? Boleh minta nombor akaun cikgu je dan minta sampaikan?

“Ada alamat tak? Kalau boleh nak bagi beras untuk fidyah saya.

“Ya Allah sedihnya. Ada nombor akaun tak? Kalau cikgu ‘open’ untuk ‘donation’ mesti ramai boleh bantu sikit-sikit,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top