AKTIVITI kunjung-mengunjungmasih diteruskan sepanjang bulan Syawal dan dimeriahkan lagi denganpenganjuran rumah terbuka.
Seperti kebiasaan, kanak-kanak merupakan golongan paling teruja kerana menerima duit raya, satu tradisi yang yang melambangkantanda ingatan dan berkongsi rezeki.
Bagaimanapun, seorang wanita tidak menyangka ada golongan cuba memecahkan tradisi tersebutyang mana duit raya juga harus diberikan kepada orang dewasa.
Golongan kanak-kanak paling teruja menerima duit raya. -Gambar hiasan
Malah, dia mengakui tergamam saat diajukan soalan mengenai pemberian duit raya ketika individu itu datang beraya.
“Masa raya tu saya terkedu. Ada seorang pakcik saudara tanya waktu bersalam raya dengan dia, ‘Anak saudara ni tak ada nak hulur duit raya ke?‘.
“Dia cakap depan orang ramai, adik-beradik yang lain. Susah nak explain situasi waktu tu, tapi canggunglah sikit,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN:Awal tak kalut, suri rumah bangga setahun kumpul not RM5! RM1,000 dah guna sebab ‘sesak’ tapi masih cukup bagi duit raya
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri harap sangat suami bagi duit raya, rancang mogok kalau tak dapat… Beza dengan wang belanja bulanan
Walau terkejut dengan pertanyaan bapa saudara itu, dia hanya mampu tersenyum sinis di hadapan orang ramai.
“Kita sengih busuk je la. Rasa macam nak balas ‘Anak-anak pakcik pun yang kerja elok-elok tu tak bagi pun duit raya dekat mak ayah kami?‘. Nasib baik tak keluar soalan tu,” ujarnya.
Menurut wanita itu,bapa saudaranya itu sememangnya menjengkelkan kerana sering menimbulkan isu setiap kali perjumpaan keluargasehingga mencetuskan suasana kurang selesa.
Saya tak kisah kalau pakcik makcik minta untuk duit raya, cakap perlahan-lahan sikit.
WANITA
“Memang hampir setiap kali jumpa, akan ada topik kurang menyenangkan jadi isu. Topik jerawat dekat mukalah, itu ini.
“Dulu pakcik ni pernah cakap, ‘Orang tak kulit putih tak apa, janji pandai jaga kulit muka, jangan ada jerawat‘.
“Beberapa tahun lepas tu, anak dia pula muka breakout. Aduhai jahat pula rasa sebab gembira apa yang dia kata, anak dia pula rasa perit,” katanya, mengimbas kembali pertemuanbersama pakcik tersebut sebelum ini.
Persediaanduit raya kepada tetamu yang datang ke rumah. -Gambar hiasan
Namun, wanita berkenaanenggan menjadikan isu duit raya yang diminta pakciknya itu sebagai satu perkarayang perlu diperbesarkan dalam kalangan saudara mara.
“Saya tak kisah kalau pakcik makcik minta untuk duit raya, cakap perlahan-lahan sikit. Tapi waktu tu ada orang kampung, saudara-mara pun ada.
“Memang dalam rancangan nak bagi duit raya dekat semua makcik pakcik tahun ni, tapi tak tercapai sebab keadaan kewangan tak mengizinkan. Kita kerja bisnes sendiri, turun naik bisnes sangatlah dahsyat kali ni,” katanya yang mengusahakan bisnes manisan secara kecil-kecilan.
Dia kemudian cuba melihat isu tersebutdari sudut positif, dengan mengambilnya sebagai pengajaran bagi mengekalkan suasana kekeluargaan yang harmoni.
“Tak apa, ambil yang ibrah (pengajaran) yang baik. Mungkin masanya untuk kita fokus pada pendapatan kita. Tahun depan, kita bagi (duit raya) RM500 pada setiap pakcik, makcik.
“Soalan dia memang berkait dengan kerja kita juga sebenarnya. Jadi tak apa, jumpa tahun depan!” luahnya lagi.