RSS Suria

Bapa tak izin kahwin, suruh tanggung adik-adik sambung belajar… Wanita anak sulung sedih impian hidup bahagia dipandang remeh

LUMRAH menjadi anak sulung untuk tidak terlepasdaripada menggalas tanggungjawab membantukeluarga apatah lagi selepas ibu bapa tidak lagi berkerja.

Malah ada yang terpaksamengenepikan impian masing-masing demi memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga tercinta.

Itulah hakikat yang sedang dilalui seorang wanita berusia 28 tahun, apabila niatnya untuk memperkenalkan calon suami ditolak mentah-mentah oleh ibu bapanya sendiri.

Bapa kepada wanita itu berkeras enggan membenarkan anaknyaberkahwin.

Menurut wanita itu, ibu bapanya bimbangdia tidak dapat menanggung kos pengajian dua orang adiknya jika berkahwin awal.

“Saya dah kenal teman lelaki selama dua tahun tetapi ayah masih tak mahu jumpa dia. Dia nak saya tanggung adik-adik belajar. Dia cakap dah penat kerja.

“Ayah saya terkenang kisah keluarga dia, selepas adik dia yang keempat kahwin, terus tak nak tanggung adik dia yang bawah-bawah. Jadi, dia tak nak saya jadi begitu,” ujarnya menerusi hantaran di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:Sengsara anak sulung! Ibu bapa paksa beli kereta dan rumah untuk keluarga sebelum kahwin… Disuruh pula cari menantu kaya

ARTIKEL BERKAITAN:Anak sulung rasa tak dihargai! Banyak korban masa, cari duit untuk senangkan famili akhirnya dicop andartu oleh adik-adik

Lebih menyedihkan, si bapa tergamak mendakwa calon suami wanitaitu seorang yang materialistik dan hanya mahu mengambil kesempatan.

Terguris dengan tuduhan yang dilemparkan, wanita itu meluahkan rasa kesal dan tertekan melihat sikap ‘keras kepala’ yang ditunjukkan oleh orang tuanya itu.

“Pertama kali beritahu yang teman lelaki saya nak datang rumah untuk kenal-kenal, terus ayah tuduh lelaki itu nak dekat saya sebab gaji saya tinggi.

Penatlah jadi anak sulung… Macam tak boleh ada impian atau sasaran hidup sendiri.

PENGADU

“Seolah-olah teman lelaki saya mahukan duit saya padahal sepanjang kami berkenalan sekali pun saya tak keluarkan duit sendiri.

“Penatlah jadi anak sulung. Macam tak boleh ada impian atau sasaran hidup sendiri. Dah berbincang elok-elok, tapi ayah tetap berkeras tak mahu sesiapa pun masuk dalam keluarga kami. Sumpah, stres duduk rumah ni,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dantidak bersetuju dengan layanan yang diterima wanita tersebut daripada keluarganya sendiri.

Komen netizen di ruangan komen.

“Bapa dah nak pencen, guna la duit pencen atau KWSP sara adik-adik itu.Tak pun suruh mereka (adik) pinjam PTPTN. Lemah betul!

“Apa kata awak yakinkan ayah yang awak boleh bantu keluarga walaupun lepas kahwin, mungkin mereka tak sedar perbuatan mereka tu.

“Tak, siapa yang patut tanggung anak ini? Kalaukakak dan abang mampu bolehlah tanggung… tapi bukan tanggungjawabmereka,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top