RSS Suria

Barbarik buat konsert bukan sebab duit, tiada perancangan tambah hari kedua

KUMPULAN Barbarik tidak merancang untuk menambah tarikh penganjuran konsert meskipun menerima sambutan baik dalam kalangan peminat.

Menurut salah seorang anggotanya iaitu JoBranko, konsert Barbarik Pentas Peluru Cokelat yang bakal berlangsung pada 28 Jun depan dianjurkan bukanlah bertujuan untuk mengaut keuntungan.

Sebaliknya ini adalah peluang untuk mereka mengetengahkan karya seni kumpulan berkenaan, sekali gus malam tersebut menjadi kenangan cukup bermakna buat peminat.

Jo berharap malam konsert tersebut akan menjadi kenangan buat peminat.

“Nak buat konsert hari kedua sebab tiket habis dijual memang bukan cara saya.

“Kami juga lakukan yang terbaik mengikut kemampuan ahli kumpulan. Dua ahli lain mungkin boleh lakukan sebab masih muda tapi saya dan Mus berbeza,” katanya kepada mStar.

Jo berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa majlis sidang media konsert Barbarik Pentas Peluru Cokelat yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada petang Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN:JoBranko tak mungkin sepentas dengan Awie, Konsert Barbarik tunai impian peminat

ARTIKEL BERKAITAN:‘Peluru Coklat’ bukti Barbarik serius, hiburkan peminat 28 Jun di Zepp KL

Selain Jo dan Mus, kumpulan ini turut dianggotai oleh Ainol serta Rozaimi.

Sementara itu, bagi Mus selaku vokalis, dia memerlukan latihan secukupnya jika penganjuran konsert berlangsung untuk dua hari.

Sebagai seorang penyanyi berpengalaman, dia sedar kemampuan diri serta cara yang terbaik bagi memastikan mereka dapat memberikan persembahan bertenaga.

“Kalau nak buat konsert beberapa hari dan berturut-turut, perancangan kami kena berbeza daripada yang ada sekarang.

“Buat masa ini dari segi latihan dan sebagainya hanya untuk konsert yang akan berlangsung untuk satu malam sahaja,” ujarnya.

Konsert Barbarik Pentas Peluru Cokelat bakal berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur akan menyajikan lagu-lagu baharu kumpulan tersebut.

Kumpulan Barbarik tidak merancang untuk menambah konsert untuk hari kedua.

Kumpulan Barbarik tidak merancang untuk menambah konsert untuk hari kedua.

Menghangatkan persembahan konsert ini turut menampilkan gitaris undangan seperti Shah Slam, Ujang Tukimon, Karl Cromok dan Muzza.

Malah konsert Barbarik Pentas Peluru Cokelat turut mencuri perharian apabila mengundang barisan gitaris undangan seperi Shah Slam, Ujang Tukimon, Karl cromok dan Muzza bagi menghangatkan lagi konsert berkenaan.

Tiket konsert itu sudah mula dijual dan peminat boleh mendapatkan menerusi pembelian di laman sesawang ilassotickets.com.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

@mstarmalaysia AEON Bank tawar 8x mata ganjaran, pulangan tunai, hadiah menarik dan gamifikasi Neko Missions sempena ulang tahun pertama #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment Mozart Minuet with violin(815356) – 松本一策
Scroll to Top