PASTINYA banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupan suami isteri selepas dikurniakan cahaya mata.
Malah, ia juga merupakan fasa paling mencabar bagi pasangan kerana bayi yang baru lahir perlu diberi lebih perhatian berbanding anak-anak yang sudah membesar.
Bagi seorang wanita yang baru bersalin, dia bagaimanapun tidak menyangka suaminya sendiri tidak sensitif ketikafasa sukar itu.
Penjagaan bayi baru lahir sememangnya mencabar buat pasangan suami isteri.-Gambar hiasan
“Suami aku pergi trip memancing dua hari satu malam. Tinggal isteri berdua dengan baby dekat rumah.
“Jauh pula tu kena rentas negeri. Baby baru nak masuk tiga bulan,” kongsi wanita itu menerusi satu hantaran di platform X.
Dalam hantaran sama, wanita berkenaanturut mempersoalkan sama ada dirinya dianggapkejam jikatidak mengizinkan suaminya mengikuti aktiviti itu.
Masalah bila dah kanwin, dah ada anak tapi masih nak hidup macam bujang.
NETIZEN
“Kalau aku tak bagi, aku isteri yang jahat ke sebab tak bagi suamime time?” ujarnya yang merujuk waktu yang diluangkan untuk diri sendiri.
Dalam tempoh kurang 24 jam, hantaran yang dimuat naik wanita itu menjadi tular sehingga menerima lebih 100 komen.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang atas tindakan suami wanita itu yang disifatkan tidak bertanggungjawab.
ARTIKEL BERKAITAN:Teruk kaki pancing dimalukan, dua kali tengok lelaki naikkan ikan guna joran mainan! Ramai syak rembat anak punya
ARTIKEL BERKAITAN:Tengah leka memancing, wanita jumpa buaya menyusup celah semak… Sedih kenang nasib hidup susah, buat kerja bahaya demi rezeki halal
“Yang lelaki pun bodoh. Anak tu baby lagi dah kau nak tinggal semata-mata untuk hobi bangang tu.
“Suami kamu tiada otak. Sanggup tinggal anak bini untuk kepuasan diri.
“Suami pentingkan diri sendiri. Isteri baru je habis pantang. Bukannya mati kalau tak pergi trip memancing tu.
Aktiviti memancing yang sering menjadi pilihan golongan lelaki. -Gambar hiasan
“Masalah bila dah kahwin, dah ada anak tapi masih nak hidup macam bujang,” demikian antara komen netizen.
Pada masa sama, terdapatsegelintir netizen yang menyarankan agar wanita itu tidak menghalang suami melakukan hobinya.
“Jangan jadi joy killer. Mungkin dia dah lama rancang. Lagi pun pergi dua hari, satu malam je.
“Bagi je. Nanti dia balik, giliran awak pula minta me time, suruh dia jaga baby,” tulis netizen.