RSS Suria

Baru jumpa masa raya, wanita terkejut jiran hantar mesej lepas 2 hari… Tak pernah tempah kek, tapi didesak datang ambil

KADANGKALA orang yang kelihatan tenang diluaran sebenarnya sedang bertarung dengan kesakitan dalaman yang sukar diungkapkan berpunca daripada masalah kesihatan mental.

Masalah ini bukan sekadar gangguan emosi biasa sebaliknya penyakit seperti depresi dan ‘anxiety’ boleh membawa kepada kecelaruan minda malah, halusinasi yang menganggu hidup seseorang.

Menerusi satuperkongsian di media sosial, seorang wanita berkongsi pengalamanbertemu seorangjiran yang mengalami masalah kemurungan ketika aktiviti ziarah rayabaru-baru ini.

Wanita itu dibimbangi berdepan halusinasi akibat gangguan mental.

Dalam pertemuan itu, dia bersetuju memberikan nombor telefonnya selepas diminta wanitatersebut yang memintaresipi kek yang pernah dimasak dua, tiga tahun lalu.

“Raya hari itu pergi ziarah jiran-jiran dengan keluarga, ada anak jiran ini dah lama tak nampak dia. Perempuan, dalam lingkungan lewat 20-an.

“Masa masuk dapur, ada sembang dengan dia sekejap. Dia minta nombor telefon sebab nak minta saya ajarkan buat kek. Katanya kek yang aku buat dua, tigatahun lepas tu sedap,” ujarnya.

Dua hari kemudian, wanita itu terkejut apabila menerima mesejdaripada jiran berkenaanyang memaklumkanbahawa kek yang ditempah sudah siap.

ARTIKEL BERKAITAN:[V] Akibat cinta toksik, gadis ini hidap kemurungan! Mujur pakwe baharu penyayang, control ubat takut kekasih telan ‘overdose’

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir setahun dibelenggu depresi, 2 kali jalani ujian mental… gadis ini tepis stigma jumpa psikiatrik ertinya gila – “Kalau bunuh diri, sia sia usaha arwah mama…”

Malah, jirannya ituturut meminta diamengambil kek tersebut segera walau hakikatnya dia tidak pernah membuat sebarang tempahan.

“Dua hari kemudian, ada satu mesej ni sampai… Tempahan kek Royal Bread anda sudah siap, sila datang untuk collection.

“Yang mengejutkan, orang itu anak jiran saya ini.

“Saya katalah yang saya tak tempah pun. Dia balas, tak apalah kalau tak tempah, dia dah simpankan datang ambilsaja. Tak bayar pun tak apa… Lagilah saya tak mahu,” ujarnya.

Bimbang dengan apa yang berlaku, dia segera menghubungi bapa kepada wanitaitu untuk mendapatkan kepastian mengenai keadaan kesihatan mentalnya.

Saya nak bantu… tapi apakan daya, keluarga dia sendiri macam menafikanyang anak dia sakit.

NETIZEN

“Dalam pada tu, kami memang tahu budak itu ada depression. Takut dia halusinasi. Saya terus telefon ayah dia. Tapi ayah dia kata… Dia tak buat apa-apa pun. Mengarut saja tu, abaikan,” katanya lagi.

Tambah wanita itu, dia bersimpati dengan nasibjiran tersebut, tetapi kecewa dengan sikap keluarganya yang seolah-olah menafikan penyakit yang sedang dihadapi anak mereka.

“Saya nak bantu… tapi apakan daya, keluarga dia sendiri macam menafikanyang anak dia sakit. Jadi kalau kita cakap apa pun, mereka tak ambil kisah” ujarnya.

Sementara itu, ruangan komen turut dibanjiri reaksi netizen yang berkongsi pengalaman dan pandangan masing-masing, malahada yang menasihati wanita itu untuk membantu jirannya mendapatkan rawatan pakar.

Komen netizen di media sosial.

“Ia pernah berlaku kepada saya, saya suspek dia jenis tak suka meluahkan dan kuat pendam. Family bukan tempat dia luahkan perasaan.

“Umur 20-an tapi tiba-tibaada simptomtanpa apa-apatrigger,takut bukan depression ni, tapi benda lain, macam schizophrenia.

“Cuba pujuk parents dia sebab saya ada beberapa kawan dan kenalan yang ada problem sama. Sakit mental sama macam sakit lain kalau tidak dirawat melarat,” komen netizen.

Scroll to Top