RSS Suria

Baru lima bulan bernikah, Shahidan Izwan mahu segera timang anak

SUDAH lima bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Shahidan Izwan tidak menolak sekiranya dia dan isteri iaitu Momoy Rahman dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.

Shahidan atau Ahmad Shahidan Izwan Mohd Ali, 28, berkata, dia dan isteri merancang untuk menimang zuriat dengan segera kerana mahu membesarkan anak-anak sementara usia masih muda.

“Insya-Allah saya terbuka untuk menerima cahaya mata dalam masa terdekat ini. Kami memang merancang untuk cepat dapat anak.

Shahidan mahu bekerja keras mencari rezeki buat keluarga.

“Saya mahu anak-anak membesar sewaktu usia kami suami isteri masih muda.

“Tak mahulah nanti kami dah tua, anak-anak masih kecil lagi,” katanya kepada mStar.

Shahidan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media All Stars Championship yang diadakan di Hotel Royal Signature, Kuala Lumpur pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Muka berdarah kena sabit, Shahidan Izwan tahan sakit teruskan penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Zaki Azeman hamil anak kedua, sanggup naik Cameron Highlands sebab mengidam

Dalam pada itu, Shahidan berkongsi dia juga sudah mempersiapkan diri untuk bergelar seorang bapa.

Menurut pelakon drama Surat Dari Tuhan ini, dia menyimpan hasrat untuk menurunkan bakat seni mempertahankan diri kepada anak-anaknya kelak.

“Sekarang ini saya memang dah bersedia untuk menimang cahaya mata.

Tak mahulah nanti kami dah tua, anak-anak masih kecil lagi.

SHAHIDAN IZWAN

PELAKON

“Kalau diberikan rezeki zuriat saya terima sahaja dan mahu menjadi seorang ayah yang kuat.

“Saya mahu mengajar anak-anak saya bertinju,” ujarnya.

Dalam persediaan menerima cahaya mata, Shahidan bagaimanapun memberitahu dia kini perlu bekerja keras untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.

Shahidan dan isteri sudah bersedia untuk menimang cahaya mata.

“Kalau dulu hanya fokus pada diri sendiri tetapi sekarang saya ada isteri untuk dijaga.

“Saya perlu lebih bekerja keras untuk mencari rezeki lebih-lebih lagi kalau kami dikurniakan cahaya mata nanti,” katanya.

Untuk rekod, Shahidan dan Momoy atau Fatin Atiqah Abdul Rahman mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top