GANGGUAN seksual di tempat kerja bukanlah isu baharu, tetapi ia sering kali dipandang ringan atau dianggap perkara biasa bagi sesetengah pihak.
Hakikatnya, mangsa yang berdepan dengan gangguan seksual mengalami kesan emosi yang mendalam sekali gus boleh menjejaskan motivasi serta prestasi mereka.
Gangguan seksual tidak semestinya berlaku secara fizikal, tetapi boleh juga melalui komunikasi antaranya seperti kiriman mesej, sebagaimana yang dialami oleh wanita ini.
Gangguan seksual boleh meninggalkan trauma kepada mangsanya. -Gambar hiasan
“Kawan ofis aku yang baru tuwishgood night dan panggil aku princess. By the way, dia dah kawin dan dah ada anak pun.
“Baru seminggu kenal dah panggil orang gitu,” tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial.
Bukan sekadar itu, menurut pengadurakan lelaki tersebut juga berani mengajaknya untuk bekerja lebih masa (overtime) dan menjadi peneman di pejabat sehingga malam.
ARTIKEL BERKAITAN:Letih layan pakwe suka sembang lucah, susah nak putus sebab hati dah sayang – “Normal ke phone sex dalam hubungan?”
ARTIKEL BERKAITAN:Gurauan londeh seluar wujud zaman berzaman, tak kelakar pun jadi bahan lawak… Punca awal gangguan seksual
“Apabila aku cakap jujur tak nak overtime stay sampai malam sebab tak selesa berdua je dekat situ, dia boleh buat muka terkejut pula.
“Ofis kami memang tersorok. Siapa yang okay nak stay macam tu berdua? Perangai gatal betul,” tulisnya lagi.
Mengadu lagi pada manager. Kalau tak jalan, report pada HR.
NETIZEN
Tidak terus bertangguh, wanita tersebut berkata dia mengambil langkah membuat laporan mengenai perkara tersebut kepada ketuanya.
“Aku dah reach to manager untuktegur dia verbally. But then, hari ni dia cakap kenapa nak cerita benda dalam WhatApps dekat manager.
“Hello, orang tak betul je yang akan nampak benda ni biasa,” tulisnya lagi.
Sebahagian daripada komen netizen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong tindakan wanita tersebut dan dalam masa yang sama memberi peringatan kepada kaum Hawa agar lebih berwaspada serta tidak membuka ruang kepada tingkah laku tidak bermoral.
“Menakutkannya lelaki macam tu.
“Anda melakukan perkara yang betul. Mengadu lagi pada manager. Kalau tak jalan, report pada HR. Benda ni penting sebagai bukti.
“Dah ada bini pun nak menggatal lagi… Teruk betul,” demikian antara komen netizen.