KONTRAK sewaan merupakan dokumen penting antara penyewa dan tuan rumah yang merangkumi hak serta tanggungjawab masing-masing, selama tempoh ditetapkan.
Menerusi satu hantaran, seorang wanita meluahkan rasa hairan apabila pertanyaannya tentang beberapa isu berkaitan sewaan dianggap remeh oleh tuan rumah.
Lebih menambah rasa bingung apabila dia diminta untuk mencari rumah sewa baharu.
“Aku sebagai penyewa memang tiada hak ke untuk bertanya?
Ramai yang membuat kira-kira sebelum bersetuju dengan kadar sewaan. -Gambar hiasan
“Apabila bertanya, aku disuruh cari rumah lain… aku dianggap fussy,” luahnya di media sosial.
Berkongsi lanjut, dia yang sedang hamil enam bulan berkata, tarikh masuk rumah sewa berkenaan adalah pada 1 Jun dan bayaran deposit sudah dibuat terlebih dahulu.
Menurutnya, berdasarkan kontrak yang dipersetujui, bayaran sewaan adalah pada 1 hingga 21 hari bulan.
Namun dakwanya, tuan rumah terbabit sentiasa mengingatkannya tentang bayaran sewa bagi bulan Julai sejak 22 Jun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Seorang penyewa sudah cukup buat ‘owner’ pening! Liat bayar sewa, rumah sempurna berubah ‘tongkang pecah’
ARTIKEL BERKAITAN: Individu ‘sedap’ ambil untung, sewakan rumah yang disewa kepada orang lain! ‘Owner’ baru sedar kena tipu
“Pada fikiran aku, bayaran sewa bulan Julai boleh dibuat pada 1 hari bulan sampai 21 hari bulan (Julai).
“Tapi 22 Jun tu, tuan rumah dah mesej tanya bila nak bayar sewa bulan Julai, kemudian 25 Jun dan terkini pada 29 Jun.
“Dia siap cakap yang aku ni lambat bayar,” adunya lagi.
Dia yang hairan dituduh sengaja melengahkan bayaran kemudiannya mempersoalkan tarikh akhir yang ditulis dalam kontrak untuk menjelaskan sewa rumah.
Dari perbualan tu, beberapa kali dah tuan rumah geram dengan awak. Sewa dari bulan Mei, kalau awak rasa tak mampu, lebih baik pindah.
WARGA MAYA
Namun malangnya, dia dimarahi pemilik sebelum diminta mencari rumah lain dan meninggalkan kunci di kawasan sekitar.
“Dia cakap… you tuan rumah atau I, tolong cari rumah lain dan apabila dah kemas, letak kunci.
“Aku tengah hamil enam bulan, untuk aku mengemas dan menyimpan semula memang tak larat.
“Nak cari deposit lagi, rumah kat kawasan sekitar sebab susah nak tukar sekolah anak.
Antara tangkap layar perbualannya dengan tuan rumah berkenaan bayaran sewaan.
“Aku pun menjual aiskrim Malaysia dan dessert, bukan mudah nak cari pelanggan baru kalau pindah lagi,” adunya meminta simpati.
Wanita ini turut berkongsi tangkap layar perbualannya dengan tuan rumah berkenaan.
Berdasarkan perkongsian, tuan rumah menyatakan dia telah masuk ke unit sewaan bermula 12 Mei dan bayaran penuh deposit pada 22 Mei.
Warga maya bantu memberi penjelasan tentang tarikh bayaran sewa kepadanya.
Pihak terbabit juga menjelaskan bahawa bayaran perlu dibuat lebih awal dan konsep berkenaan telah diamalkan dalam masyarakat.
“Bayar dulu baru stay, begitu konsepnya.
“Sama juga di nursery, kena bayar dulu baru boleh mula jaga anak,” terang pemilik rumah kepada penyewa berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil memberi pandangan dan menjelaskan tentang salah faham berkenaan konsep bayaran sewa.
“Sewa rumah ni, bayar dulu sebelum duduk. Jadi untuk Julai, awak dah kena buat bayaran bukan sampai tarikh 21 hari bulan.
“Dari perbualan tu, beberapa kali dah tuan rumah geram dengan awak. Sewa dari bulan Mei, kalau awak rasa tak mampu, lebih baik pindah.
“Memang dia betul, awak yang salah faham, dia dah bagi ihsan sebab awak boleh letak barang dulu tanpa dikira sebarang bayaran,” demikian reaksi warga maya.