RSS Suria

Bayi hidap biliary atresia perlu dibedah segera di China… Ibu rela derma hati, harap ihsan orang ramai bantu kos rawatan

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Begitulah situasi yang menimpa Noor Shahieda Mohamad Ajamin selepas anak keduanya, Ayra Sumayyah Mohamad Assahid yang baru berusia setahun disahkan menghidap masalah biliary atresia (BA).

Berkongsi cerita dengan mStar, ujar wanita berusia 33 tahun ini, segalanya bermula selepas anaknya didapati menghidap penyakit kuning berpanjangan (prolonged jaundice) sebelum disahkan BA pada usia 14 hari.

“Ayra pernah melakukan Kasai Procedure atau pembedahan Kasai iaitu operasi bagi membuang duktus hempedu yang rosak dan penyambungan bahagian usus terus ke hati supaya hempedu dapat mengalir dari hati terus ke usus.

Ayra semsa dimasukkan ke hospital untuk rawatan susulan.

Ayra semasa dimasukkan ke hospital untuk rawatan susulan.

“Ia juga perlu dilakukan untuk mengelakkan hati menjadi lebih teruk. Pembedahan dibuat di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur,” ujarnya sambil menambah pembedahan tersebut dibuat semasa usia anaknya 47 hari.

Mengharapkan sinar baharu selepas pembedahan tersebut, Shahieda tidak menyangka prosedur itu tidak berjaya.

Lebih menyedihkan apabila demam kuning anaknya juga tidak berkurang selain keadaan hati yang dilaporkan semakin merosot.

Bukan itu sahaja, hati dan limpa juga semakin membengkak sehingga dapat dilihat dengan jelas pada perut yang besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi hilang mata kanan, derita kanser sejak usia 9 bulan… Ibu kagum si comel kuat lalui 5 kitaran kemoterapi

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi usia sebulan kerap sesak nafas, wajah berubah kebiruan… Ibu reda anak hidap Sindrom Patau pergi dulu, video TikTok jadi kenangan

Susulan itu, katanya, Ayra perlu menjalani pemindahan hati dengan kadar segera tetapi keluarganya mempunyai kekangan kewangan untuk membiayai kos rawatan.

“Ayra tidak boleh survive hingga dewasa dan memerlukan pemindahan hati dengan kadar segera.

“Atas kesepakatan sebagai ibu bapanya dan sokongan daripada pihak doktor di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya), Ayra disarankan melakukan pemindahan hati di Hospital Renji, China,” tambahnya yang merupakan suri rumah.

Jika keadaan hati semakin teruk, perut Ayra akan membesar dan penuh dengan air.

NOOR SHAHIEDA

Malah kata Shahieda, dia sendiri yang akan menderma sebahagian hatinya untuk Ayra bagi membolehkan anaknya menjalani kehidupan dengan baik dan normal.

Bercerita lanjut, ujarnya, bagi menjayakan operasi pembedahan berkenaan, dia perlu mengumpul sejumlah RM250,000.

Tambahnya, jika jumlah yang diperlukan mencukupi, dia dan Ayra boleh menjalani operasi pembedahan pada bila-bila masa kerana kedua-duanya berada dalam keadaan baik.

“Makan dan bergerak tak ada masalah cuma yang merisaukan adalah bacaan hati semakin tinggi dan doktor cadangkan buat pemindahan hati sebelum keadaan semakin teruk.

Keadaan Ayra tidak seaktif bayi seusianya.

Keadaan Ayra tidak seaktif bayi seusianya.

“Jika keadaan hati teruk, perut Ayra akan membesar dan penuh dengan air… jadi akan membahayakan Ayra sehingga menyukarkan dia bangun serta bergerak dan berat badan menurun.

“Ketika ini hati anak membesar sehingga enam sentimeter dan ia juga sudah terkeluar daripada tulang rusuknya, manakala saiz limpa sudah empat sentimeter,” jelasnya yang menetap di Taman Areca, Bahau di Negeri Sembilan.

Situasi yang melandanya membuatkan dia berkongsi maklumat diri di laman Facebook dan memohon bantuan kewangan daripada rakyat Malaysia supaya pembedahan dapat dilakukan.

Tambahan pula, suaminya Mohamad Assahid merupakan anggota tentera dan tidak mampu menampung kos berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan supaya Ayra diberi kesembuhan selain menyeru lebih ramai rakyat Malaysia tampil menghulurkan sumbangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top