RSS Suria

Bekas isteri minta lanjutan… Jay Iswazir beri tempoh tambahan 10 hari untuk mohon maaf

PELAKON Jay Iswazir memberi tempoh lanjutan selama 10 hari kepada bekas isterinya iaitu Azzahra Ahmad bagi membuat permohonan maaf kerana mengeluarkan kenyataan didakwa berunsur fitnah.

Menerusi satu kenyataan wakil peguam mewakili Jay, pihaknya terdahulu menerima surat penangguhan daripada Azzahra yang memohon tempoh lanjutan selama 14 hari.

“Arahan anak guam kami adalah bersetuju dengan tempoh 10 hari sahaja,” jelas kenyataan tersebut yang turut memberitahu ada menerima maklum balas daripada Azzahra pada 24 Disember lalu.

jay 2

Azzahra sebelum ini mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Ia dibuat selepas Jay mengeluarkan notis tuntutan atau letter of demand (LOD) permohonan maaf pada 19 Disember lalu terhadap Azzahara.

Dalam notis berkenaan, Jay menuntut bekas isterinya itu membuat kenyataan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari LOD dikeluarkan.

Bercakap kepada mStar sebelum ini Azzahra memberitahu dia sudah menerima LOD berkenaan dan menyerahkan sepenuhnya kepada peguam.

ARTIKEL BERKAITAN: Jay Iswazir beri masa 7 hari, bekas isteri perlu buat permohonan maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri Jay Iswazir dah dapat notis tuntutan, serah urusan kepada peguam

Dalam masa sama dia juga menegaskan kenyataan yang dibuat sebelum ini adalah benar dan mempunyai bukti dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Menerusi beberapa hantaran di media sosial sebelum ini Azzahra mendakwa Jay melakukan keganasan terhadapnya ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Untuk rekod, Jay dan Azzahra mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 28 Oktober lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top